Think Of Yourself

When u think of yourself...don't think you're perfect
Just think that you will never perfect but always want to get ur'self perfect...




Thursday, October 21, 2010

YANG PERTAMA PERMATA HATI, YANG KEDUA PENGIKAT KASIH....12/05/2009

Rasanya baru jek lagi aku menulis pasal experience aku beranak sulong. Kali ni aku nak menulis
pasal beranak kali kedua plak.Kekekke...mcm tak caya jek..

Ni lah aku nak citer experience kedua...jauh berbeza dpd pengalaman pertama. Aku sepatut
due pada 8/4/2009. Aku dah balik kg 27/3/2009 lagi sbb ada kenduri kawan pejabat husband
aku kat jenderak selatan. Aku tunggu punya tunggu nak sakit bersalin, tapi...sakit tu sakit,
tapi sakit main2 jek. Kdg sakit, kdg tak. Sampai hr due date pun, sakit dia masih camtu.
Nurse klinik desa jenderak utara suruh aku g klinik Kuala Krau klu aku tak beranak lg pada
8/4 tu. Aku tak g lagi 8hb tu. Ingat nak g 9hb sbb takot 8hb tu sakit. Aku malas nak masuk
wad awal, bosan...

So, tunggu2 8hb tak beranak gak. Aku pun g lah klinik kuala krau pada 9hb. Pg2 kena marah plak
dgn nurse yg agak tua sikit. Kerek jek. Dia kata, klu nurse srh pegi 8hb, g lah ikut tarikh.
Aku diam jek, malas nak layan kerenah nurse tu, biar dia penat bebel sorg2.Bebel jek, check akunya
tak jugak.

Pahtu ada nurse lain yg check aku, nurse ni baik sket. Dia srh aku g sepital temerloh terus, pasal
kat kuala krau tu doktornya cuti, tak leh nak check baby ok ke tak. Dia takot risiko jek. Pasal
klu ikut prosedur dia betoi, klu tak beranak lagi, seminggu selepas tarikh due baru leh masuk wad,
dgn pengesahan doktor anak tu ok lah dlm perut.

So,aku pun g lah hospital temerloh.Aku dah bajet masuk wad jek...dah siap bwk baju aku n baby siap2
dah. Senang. Sampai jek labor room, lama lah dia check itu ini, termasuk seluk2, scan dan dengor
jantung baby. Doktor yg seluk2 tu baik giler, lembut jek. Tapi doktor yang scan tu mcm hampas.
Tah dia hangin kat sapa tah, habis seme patient dia marah. Dah lah cakap mcm gengster, pahtu siap tendang2
kerusi lagi. Muda lagi orgnya...Dr Maimun kot nama dia. Aku geram nak sound jek doktor tu...aku nak sound,
tak leh ckp elok2 ke dgn patient...klu kot tensen pun, dia mana leh wat perangai camtu.Aku pun keja
kerajaan gak....

Pahtu dah siap check, aku kena masuk wad. Masuk lah Kenanga 5, masuk tu hari khamis. Dapat kengkawan 4 org
katil sebelah2 kat situ.Masing2 dgn masalah masing2 lah. Katil sebelah tu, air ketuban tak cukup,kati dpn lak
anak tak gerak dgn sebelah lagi kencing manis dgn darah tinggi.Tidolah kat wad..Aku dah call husband kata kena
masuk wad tapi tak tau g bila nak bersalain.Husband aku pun terus amik cuti balik phg.Sera salah gak aku nak srh
dia balik, pasal cuti dia dah ler sikit. Pagi jumaat tu Dr biasa pkl 6 dah dtg check, pahtu dlm pukul 10 tu,
dr pakar lak dtg. Check2 kata aku kena induce. Nak masuk ubat ptg. Pahtu tut, tut lps makan tengahari nurse
dah panggil utk masuk ubat. Disuruh aku kencing dulu. Aku dgn budak yg kencing manis tu kena masuk ubat.
Dia masuk ubat, aku kena masuk belon. Mula2 aku tak tau cemana rupanya belon tu...penah dengar org masuk belon
tapi tak tau camner rupernya. Mcm tiub tu masuk kat situ. Lepas masuk belon aku tido..rs ngatuk sgt. Ptg tu dah
start rs merengat2 perut aku...husand aku dtg melawat ptg tu. Tepat pukul 7...dah keluar darah. Aku ingat bila dah
kuar darah tu dah boleh turun labor room. Rupernya kena tunggu belon tu sampai jatuh dulu. Kekkeke

Hari tu sebenarnya ada 2 trip yg masuk ubat dgn belon, trip pagi tu masuk pukul 7 pg..dan trip ptg tu masuk pukul
1. Jadi ada dkt 20 org yg induce lah. Yg trip pagi tu dah ada yg turun labor room dan malam tu ada lah 2-3 org yg
dah selamat bersalin. Malam tu..geng yg trip pkl 1 dgn beberapa org lagi yg geng trip pagi yg lom beranaka lagi, seme
sakit merengat...seme tak leh tido. Sakit lah sgt...rs mcm nak beranak sgt dah. Seme dok merayap dlm wad pasal tak
leh tido. Seme dok menahan sakit. Dekat pkl 3, baru sorg2 masuk tido.Husband2 k'org plak dah geng sesama d'org. Seme
pakat lepak kat cafe n tido dlm kereta..kekkekek

Pagi tu, nurse kejutkan kami dlm pukul 5 lebih.Katanya doktor nak dtg check jln pukul 6 pg. Sekali dengor2 doktor lelaki
yg bertugas. Seme lemah semangat. Tapi nak masuk labor room punya pasal..lantak lah.Tunggu punya tunggu, alih2 doktor
tertido sbb sebelom tu dia ada operation org beranak. Pukul 7 lebih baru dia dtg wad. Masuk masuklah kami sorg demi sorg
utk doktor lelaki tu check jalan. Malunya lah. Yang paling kelakar masing2 punyalah suka dpt baju pink tu, tandanya dapat
turun labor room. Mcm dapat anugerah plak. Seme dah tak sanggup nak tahan sakit merengat yg tak sudah tu. Aku pun berjaya
dpt baju pink tu...lega rs. Dah bukaan masing2 lebih kurang jek seme...dlm 3cm. Pahtu nurse srh kami bersiap..kena marah lagi
sbb seme belom mandi. Patutnya ada nurse gerak pkl 4 srh kami mandi...tapi tader pun, mana kami tau. Then kami disuruh
berak, dia dah masukkan ubat berak kat punggung kami. Disuruh mandi dan makan sarapan dulu.

Dan dan dah siap, labor room lak penuh...aduhhh...3 org jek yg lepas pegi. Hangin jek. Pahtu tunggu lagi..samp sakit pun dah
hilang pulak. Pahtu aku dah give up dah. Kesian kat husband aku dok tido dlm keta dah dua mlm. Aku dh message dia srh balik
rumah mak dulu..maybe lambat g aku beranak.pahtu aku tido...dlm pkl 12 tghr nurse gerak aku srh siap nak turun labor room. Aku call
husband aku, nasib dia tak balik lagi.

Wahh, ingat masuk labor room dah lega ke...masuk2 aku dah rs tak konfiden, sbb dah tak sakit dah, cemana nak beranak. Rupernya
prosedur induce tu lom habis lagi....doktor masuk n pecahkan ketuban aku. Sakit gak dia seluk n korek.Pahtu d'org masukkan air.
Pahtu sakit tu mula dtg semakin kerap dan semakin sakit....punyalah lama aku menanggung. Dpd pukul 12 tu sampai ke pukul 7 mlm.
Nurse yg jaga aku lak bebudak praktikal...muda2 lagi. Nasiblah jugak. Boleh ler aku demand sikit. Aku mengiring lah, kekadang
angkat kaki, kadang aku suh depa naikkan penyandar kerusi. Klu nurse betul, mampus aku kena bebel. Husband aku ada lah teman kat
sebelah. Air masuk sampi 4 tabung. Sakit giler lah, rs mcm kena siat2 kulit ni. Baby plak bleh tido dlm perut. Mcm mana nak
kuar. Asyik tido jek.

Dah sakit sgt aku suh bbudak practical tu panggil nurse...dah bape kali depa seluk, masih belum bukak beso lagi jlnnya. Pahtu
bolehlah pulak sorg budak praktikal ni...nak try seluk, dah ler time tu aku tengah sakit giler..dia boleh main try2 plak..hangin
jek rs. Pahtu dekat pukul 7 tu dah bukak 8cm 1/2..aku dah tertahan dah sakit sgt, nurse tu kesian tengok aku, dia cocok pulak
kat punggung kata utk cepatkan bukaan rahim dan kurangkan sakit. Pahtu dah dalam pukul 7 tu aku dah tak kira, dah tak tahan nak
meneran sgt dah...pahtu barulah doktor dgn nurse betul dtg...aku pun start teran, 2-3 kali, baby dah kuar....uhhh leganya...
merdeka rsnya. Pahtu kali ni nurse cuci perut aku dan jahit tanpa bius..tapi aku dah tak rs sgt dah kesakitan tu. Tak lah
sampai kena gigit kain mcm yg org selalu citer.

Dah selamat bersalin...aku dah relaks..tertido2 dah sbb ngantuk sgt, dah dua mlm sblom tu tak tido. Penat manahan sakit
lagi selama lebih kurang 8 jam. Aku menyusu pun mcm tak menyusu..mamai..siap mengigau2 lagi...mcm terbayang2 lagi
kesakitan 8 jam tu. Dekat pukul 10 mlm, barulah aku dihantar masuk wad. Satu mlm g husband aku tido dlm keta...kesian dia.

Tu lah..kisah beranak anak kedua aku...mcm2 hal...Lahirlah Adib Fahri Shahril dgn berat 3.4 kilo...beso tu...bertuahnyer
anak..hehehhe

No comments:

Post a Comment