Think Of Yourself

When u think of yourself...don't think you're perfect
Just think that you will never perfect but always want to get ur'self perfect...




Wednesday, October 13, 2010

Kawen, kawen, kawennnnn...22 Mar 2007


PERKAHWINAN.....


Aku masih termanggu dengan perkahwinan ini....

Tanggal 4hb March 2007, jam 11.00 pagi, aku telah selamat dinikahkan dengan org yang paling aku sayang,
Shahril Saruddin. Detik yg paling membahagiakan dalam hidup aku, detik yg aku tunggu selama hidup aku 26 tahun.
Dialah orang yang akan menjaga aku di dunia ini, tempat aku bergantung harap,bermanja dan tempat mengadu masalah.

Tapi aku rasa cukup lah sekali aku mengalami pengalaman berkenduri kawen. Satu proses yg menuntut seribu kesabaran.
Pelbagai cabaran yang aku perlu tempoh sebelom menjadi pengantin baru. Bila nak berkenduri, baru aku tau, sokongan
ibu bapa, adik beradik dan sedara mara tersangatlah penting. Masa ni kita memerlukan pertolongan dari d'org seme.

Aku ada lah juga berasa terkilan dgn perangai adik beradik. Yang kata nak menolong dr awal, tp lastnyer buat last minit
pun ada. Ada yang kata nak sponsor mcm2, tapi lastnyer habuk pun tader, pun wujud gak. Adik2 aku, langsung ler, tak bape
nak boleh harap. Adik pompuan, pemalas sket, seme menda tak pandai. Adik lelaki, buat tak endah jek. Tu d'org balik pun,
kira nasib baik ler tu. Sedara mara, mak2 dan bapak sedara, bukannyer ikhlas sgt nak menolong, membebel,mengkomplen dan
mengarah jek taunyer. Aku plak dah tak mcm pengantin. Tader keistimewaan pun sbg pengantin. Tader layanan istimewa pun.
Seme kena buat sendiri. Nasib tak g pacak sign board pun aku gak.

Masa kenduri, mmg tak enjoy pun. Nak kena jaga hati byk pihak. Nak makan pun tader selera. Nak bergambor pun dah tak
boleh nak senyum. Ermmm, penat dok jg hati org. Yerlah...org dah tolong buatkan utk kita pun dah kira baik dah. Aku ms
tu dah malas nak amik port segala komplen2 org. Aku senyap jek. Lantak ler. Janji kenduri aku settle dan aku selamat
menikah. Tu jek yg paling penting sekali. Tapi mak bapak aku tak byk ckp, org lain lak yg lelebih komplen itu ini.
Bila kenduri belah aku settle, lega lah sikit rs hati. Cuma debaran nak hadapi malam pertama jek.

Settle seme kat umah aku, pinggan mangkuk,periuk belanga dan kawah dan melawat keluarga2 yang terdekat, aku pun bertolak
ke Ampang plak hari Rabu tu.Ingat kan di rumah mak mertua, tader masalahnyer, rupernyer, tekanan lagi hebat. Seme keluarga
dia nak arrange dan kontrol, termasuk tempat tido, tempat nak make up dan masa nak bersanding serta pembahagian paper beg.
Pahtu byk plak plan yg secara tiba2 yang aku tak tau dan aku tak berkenan sgt. Terpaksa lah ikut, walaupun penat, tak cukup
rehat dan tido. Ni pun sama gak lah.Kes nak jaga hati semua pihak keluarga lah.

Aku tak tau lah plak, kes tempat make up pun boleh jadi isu besar. Klu ikut adat belah suami aku, aku kena make up dkt rumah
kenduri tu dan sambut rombongan mak bapak aku dari rumah suami aku. Pelik betoi. Terbalik ngan adat belah Phg. Belah
Phg, pengantin dtg sekali dgn rombongan keluarga belah perempuan. Dah kecoh dan bergaduh pulak kat situ. Aku pun dah berapa
kali tarik muka masam dgn suami aku. Mana taknyer, aku pun bengang kena tuduh dah lupakan mak bapak oleh bapak sedara aku yg
laser mulutnnyer tu, ayah anjang. Ade ke dia kata aku sedap sgt kawen, sampai lupa mak bapak sendiri. Bengangnyer aku. Siap
perli2 aku lagi, bangun tido awal ke lambat ke. Aku jd serba salah.Aku berada di tengah2 perselisihan adat keluarga aku dan
keluarga suami aku. Tensen giler.Satu hal lagi, Gimi lak buat hal. Hantar baju sanding aku lambat. Make up pun dtg lambat.
Kena lagi aku marah dgn mak mertua aku.

Suami aku ni pun marah2 aku gak, sbb aku suka2 hati nak make up kat umah bapak dia dan berarak seklai dgn family aku. G satu
sbb baju Gimi sampai lambat. Sampai hari bersanding, muka aku dah sebel dah. Tensen punya pasal. Gambor2 aku seme mcm nak
menangis. Sabau jek lah.Patut ler klu tengok gambor kawen org lain, klu kat umah mak mertua, selalu muka pengantin pompuan
selalunya masam jek. Byk tekanan rupernyer.Tak habis kat situ jek, lps kenduri, kena lagi berkemas2 dan melayan sedara mara.
Klu belah aku, ble ler aku ngelat2, ni kat belah mertua ni, kena ikut jek lah. Suka ke tak suka ke, menurut perintah.

Suami aku lak jenis anak baik, ikut jek kata mak dia, tak pandai melawan. Terlampau menjaga hati. Sampai aku ler merana. Yer
lah, kita ni penat n tak cukup tido. Tapi nak intertain seme. Mana nak larat. Last2nyer, lepas kenduri, aku demam, batok,
dan selsema selama 1 minggu ni, dan dikuti dgn sakit mata......penat oiiii

Hempphhh, sampai saat ni pun aku masih termanggu hakikat perkahwinan tu. Skrg byk perubahan yg berlaku pada jadual harian
hidup aku. Aku sampai tak tau apa nak buat. Aku dah tak boleh bersukan dan bersosial lebih2. Dah jd bini org. Lantaran
pada tu, aku rs dunia aku tersangat lah sunyi. Aku dah hilang ramai kawan. Aku dah rs cam jd org yg asing dlm dunia aku.
Dah lah suami tiada di sini, jumpa hari ahad sahaja....mmg sunyi dan bosan. Hidup aku jd limited....bosannnn. Cuma 1 jek
yang best kawen ni. Bila time2 romantik gitu....hehheh, tak leh citer kat sini..klu nak tau, kawen ler...

No comments:

Post a Comment