~ Puisi Jepun ~
Tak dikalahkan hujan
Tak dikalahkan angin
Tak dikalahkan salji dan musim panas
Mempunyai tubuh badan yang sihat
Tiada nafsu dan tak mungkin naik marah
Asyik diam dan bersenyum sahaja
Tidak melibatkan diri dalam segala hal
Sering baca, sering dengar
Faham, lepas tu tidak boleh dilupakan
Jika terdapat anak yang sakit disebelah Timur
Pergilah melawatnya di sana
Jika mak penat di sebelah Barat
Pergilah sana membantu dia memikul beras
Jika ada orang yang hampir mati di sebelah Selatan
Pergilah sana dan beritahu dia agar jangan takut
Jika ada orang buat bising atau kritik di sebelah Utara
Beritahulah mereka agar jangan bising sebab hal yang sia
Menangis pada musim kering
Bersiar-siar pada musim panas dan sejuk
Dikenali ramai sebagai orang kayu
Tak dipuji orang, dan tiada kepahitan….
No comments:
Post a Comment