Think Of Yourself

When u think of yourself...don't think you're perfect
Just think that you will never perfect but always want to get ur'self perfect...




Thursday, October 21, 2010

SaKIT Mata, H1N1, Chicken Pox...9 Ogos 2009




Macam anak ina, anak aku pun dpt penyakit yg sama sbb letak dekat nursery yg sama...2 miinggu kot sebelom cuti H1N1 pada 30hb Ogos 2009 hr tu anak aku kena sakit mata. Dua2 si Aina dengan si Adib. Aduhhh...nasib baik tak teruk sgt

Pahtu jangkit lak dgn aku. Aku sambung cuti...dah EL jaga anak...aku sekali kena pulak. Nasib kena hari jumaat...so aku EL Jumaat, n sambung cuti hari ahad. Aku kena teruk gak, siap bengkak n merah lagi..sampai tak leh nak pakai cermin mata. Meraba lah aku kerabunan. Doktor pulak takmo bg mc, pasal aku pegi klinik hari sabtu...dia kata hari sinin maybe dah baik, so dia takyah bg mc. Hari Isnin tu mata aku masih merah lagi...tapi aku malas dah nak pi klinik tu byk kali nak amik mc gak...aku g jek lah opis. Doktor cakap, jangkitan bukan sbb kita tengok mata org yg sakit mata...tu mitos semata. Dia ckp akan berjangkit bila cecair mata yg sakit tu kena tangan kita, dan kita pun pegang mata kita pulak. So aku tak risau lah nak g opis dgn mata merah dgn syarat aku jgn sentuh org lah.

Habis sakit mata, demam, batuk selsema pulak.Aku dah tak larat nak EL...hantar jek lah anak2 aku g nursery..walaupun kesian dia dok merengek taknak berenggang dgn kita....pahtu tut tut cuti HIN1 pulak. UPSI tutup seminggu.

Cuti H1N1 seminggu aku balik lah ampang. Husband aku keja walaupun aku cuti, tapi takper lah dia g keja dr ampang, opis dia kat sg buloh tu. Dok ampang, baik ler sikit demam,batuk n selsema anak2 aku. Aku balik Tjg Malim semula pada 4hb iaitu hari Selasa. Ada sehari g cuti H1N1 nak habis. Aku pun hantar lah anak ke nursery pasal aku nak kena g buat urusan bank.

Hantar sehari jek kat nursery..balik2 rumah dah kena chicken pox pulak si aina...kesian betul dia. Nasin Adib tak kena.Aku pun EL lagi lah ni dpd hari Jumaat minggu lepas samp hari ni hari Isnin. Tu tah samp bila plak aku nak kena EL ni. Tak leh hantar depa g nursery, nnt kang jangkit dgn bebudak lain plak. Doktor kata penyakit ni, lepas 3 hari baru dia akan mengjangkiti org lain. Tu yg aku dok terfikir mesti ada mak bapak yg hantar jugak anak dia yg dah kena penyakit ni ke nursery walaupun dah 3 hari anak dia kena. Tu yang berjangkit tu. Tu d'org ni kan mementingkan diri sendiri jek. EL jek lah mcm aku ni. Takpun hantar ler anak tu balik kg ke...tumpang rumah jiran ke, atau apa2 aja lah, janji jgn ler hantar kat nursery..kesian berjangkit kat budak lain. Klu budak jek takper..kang dah jangkit dgn mak bapak sekali...bukan ke lama nak kena cuti tu.

Dah ler klu cuti jaga anak sakit tak leh dpt mc, kena EL. Bila EL rekod kita buruk pulak. Pahtu sambung plak dgn cuti sakit kita lak jangkit. Bp lama nak cuti tu? Keja melambak kat opis. Nak salahkan sapa ni?

Nasib chicken pox ni aku dgn husband aku dah penah kena. Jadi risiko nak jangkit tu payah sikit. Aku husband aku cuti dia dah tader lak tu, nak tak nak aku ler kena jaga anak2 yg sakit ni....nak bergilir dgn dia pun tak leh...huhu

No comments:

Post a Comment