Think Of Yourself

When u think of yourself...don't think you're perfect
Just think that you will never perfect but always want to get ur'self perfect...




Thursday, October 21, 2010

Ingat berpantang tu Honeymoon ke?...5 Jul 2009

Masa aku cuti berpantang selama 60 hari, mesti ramai ingat cuti berpantang tu best kan. Boleh berehat2 selama 60 hari, sambil gaji kita masuk.

Sebenarnya nampak jek macam best. Klu aku berpantang, aku tak tau lah org lain kan, kena ikut rule mak aku.

1) Kena bertungku dua kali sehari, pg sekali, ptg sekali. Biasa aku bertungku dalam pukul 9 utk sesi pg dan pukul 5.30 ptg utk sesi ptg. Tungku tu dah ler panas giler. Naik melecur tangan dan perut aku.

2) Aku kena pakai barut/bengkung. Tak boleh bukak bengkung tu kecuali utk mandi shj. Dengan panas, rimas, berpeluh, gatal dan susah nak bergerak sbb sebahagian peha pun ditutupi dgn bengkung.

Gi satu susah nak bergerak jugak masa minggu pertama sbb luka masih segar lagi. So rasa pedih tu masih ada. Tambahan lagi klu kena sakit rengat. Tu klu darah kotor byk sgt dlm perut. Dia belum habis kuar lagi. Bila dia merengat tu, rasa mcm nak terberanak lagi sekali jek. Sakit oiiii. Nak mebuang air besar pun rs ngeri.

3)Mandi boleh sekali sehari sahaja. Dah siap bertungku, mandi dan pakai barut, baru boleh makan dan minum. Kdg2 kering tekak aku, sbb pukul 12 tghr baru aku boleh breakfast. Sbb selain uruskan diri aku pagi tu, aku kena uruskan anak2 sekali. Maksudnya kena mandikan dan tidorkan budak2 dulu. Nasib baik anak yg sulong depa tolong uruskan.

Mandi sekali sehari, kena pulak klu musim panas, rs mcm cacing kepanasan lah aku tak boleh mandi.

4) Kena pakai stokin 24 jam,baju lengan panjang, kain batik dan tido kena selimut. Tak boleh pasang kipas kuat2. Nnt masuk angin katanya.

5) Bab makan, mak aku tak la straight sgt. Aku boleh mkn mcm biasa kecuali mkn menda2 sejuk, angin dan tajam.

6) Malam2 pulak, bukannya boleh tido lena. Baby aku suka berjaga malam dan melalak. Time org jaga(siang) dia tido. Time org tido(malam) dia jaga. Klu berjaga saja takper, ni siap melalak mintak org layan dia. Dah ler aku ni penakut berjaga malam-malam sorg2. Kadang2 tu ada gak bunyi yang pelik2. Aku wat bodoh jek lah.

Aduh..mmg tak cukup tido. Siang2 pulak, aku tak boleh nak tido, sbb cuaca panas sgt. Lagi pulak, baby aku pun suka menangis klu org tak henjutkan buai dia. Klu buai tu tak bergerak dia panas.

7) Tak cukup dgn tu, dah ler kena berjauhan dgn suami. Kadang-kadang tu rindu lah jugak.

8) Pahtu aku dalam pantang, mak bapak aku tak kasi keluar rumah pun. Tak boleh jejak tanah pun. Takot ada menda menegur lah kononnya. Bosannya duduk dalam rumah jek.

Tu lah serba sedikit pengalaman dalam pantang. Jangan korang ingat senang. Huhu. Aku tak sabar nak merdeka dpd berpantang dan kemabali bekerja. Lagi best rasanya. Sekang aku dah nak masuk 3 minggu dah bekerja semula.....wahhh..nikmatnya

No comments:

Post a Comment