Think Of Yourself

When u think of yourself...don't think you're perfect
Just think that you will never perfect but always want to get ur'self perfect...




Wednesday, October 13, 2010

PeRmAtA HaTi mAma...10 April 2008

Aina Sofia Shahril 2 hari lepas lahir


Lamanya aku tak menulis dalam blog ni..rasanya dekat setahun. Sejak aku pregnant. Maklum jek lah pregnant…selalu tader mood jek nak buat apa-apa. Ermmm..diam tak diam, pejam celik pejam celik..aku dah pun selamat bersalin…..

Tanggal 17/2/2008 selamatlah aku melahirkan seorang puteri yang kuberi nama Aina Sofia Bt Shahril…sedap tak nama tu? Ermmmm maknanya, mata yang cantik lembut. Dari dulu lagi aku berkenan dengan nama Aina ni..aku rase cam unik jek nama tu.

Satu pengalaman yang aku rase tak dapat nak lupakan bila mengandung dan bersalin anak sulong. Yelah mengandung dah sikit punya teruk. Beranak pulak sekian punya sakitnya. Due aku sepatutnya 18/2/2008…then seminggu sebelum tarikh tu aku dah bercuti dan balik Phg rumah mak. Genap jek seminggu dok umah mak…dah ler hati sedih sebab berjauhan dgn pakwe…sakit2 merengat tu dah ada sepanjang minggu tu..Cuma dia dtg dalam 2-3 kali sehari. Aku diam jek, tak mau bagi tau emak dan ayah aku, takut depa kelam kabut pulak

Then hari Jumaat 15/2/2008, mlm tu aku menonton Raja Lawak Astro sambil menahan sakit merengat yang makin menjadi2. Habis Raja Lawak, aku terus masuk bilik utk tido…tapi, Ya Allah..tak boleh tido aku dibuatnya..sakit lah sgt, dia dtg dlm ½ jam sekali kot. Then sampai pukul 5 pagi tu..aku tengok ada keluar darah sikit…aku pun kejut lah mak dengan ayah aku…kelam kabut ler org tua 2 orang tu pegi panggil bidan kerajaan kat klinik desa.

Masa kat sepital Temerloh tu aku masuk pukul 6 pagi Sabtu, then masuk wad menahan sakit merengat yang 10 minit sekali datang sampai pukul 2.30 pagi Ahad baru masuk labour room. Dia punya sakit, tak tau nak cakap lah. Sakit sgt2 sampai aku tertonggeng atas katil. Klu diingat balik, macam kelakar jek. Patutlah syurga di bawah kaki ibu.

Aku masuk labour room pukul 2.30 pagi, pukul 4.30 pagi Ahad baru baby keluar. Leganya lah rase. Then aku tengok baby aku, suci jek muka dia. Rasa macam ajaib dan tak percaya jek, baby besar tu boleh hidup dalam perut aku. Pakwe aku masuk labour room sekali, teman. Nasiblah dia nak masuk sekali. Aku rase bersyukur sgt2. Sbb susah nak carik husband yang nak masuk sekali masa bini beranak...hehhe...

Tapi masa baby baru lahir, aku tak berapa rs lagi sayang dekat dia...rs jeles plak, sbb pakwe aku asyik layan baby jek..rs cam aku dah dilupakan jek. Tapi lepas beberapa minggu baru aku rs sayang sgt2 dekat aina.....rasa sanggup berkorban apa saja utk seorang anak. .Begitulah perasaannya bila dah jadi seorang ibu.

No comments:

Post a Comment