Think Of Yourself

When u think of yourself...don't think you're perfect
Just think that you will never perfect but always want to get ur'self perfect...




Wednesday, October 27, 2010

Denai...

Yeayyy....aku berjaya mentransfer kan blog aku daripada blogdrive ke blogspot....dan hoyeaaa sbb aku rs dah nak mula menulis balik.....tapi aku tengah fikir...adakah aku perlu share blog baru aku ini dgn kengkawan....atau biarlah rahsia......huhu...masalah aku dah tak der siapa di dunia ni yang aku percaya 100%.....tah lahhh..........hemphhhhhh

Aku menulis lagi tentang kehidupan aku yang dah masuk 30 thn...mcm tak percaya jek..dan mmg ramai org kata muka aku tak macam umur 30 thn punnn...

Kini aku dah berjaya bekerja kat KL, seperti yang husbandku mahukan....aku sekarang bekerja di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Sebuah Universiti yang mengeluarkan siswazah askar...pegawai tentera lah nama yang lebih sedap.
Memang jauh berbeza UPNM dengan UPSI, dr segi orgnya, suasananya, kerjanya, programming languagenya...semua lah.

Dr segi suasana kerja, aku lagi suka kerja kat UPSI...sbb tak huru hara, teratur dan ada org atasan yg lebih tua sket.
Tapi segi kawan2 pejabat aku suka org2 kat sini kot...sbb d'org lebih open sikit pemikirannya....ni klu org UPSI baca, leh kecik hati nih....(bukan semua org upsi)

Errmmmm......idop aku ni dah byk yg aku lalui....hr tu balik kg aku jumpa org kawan baik aku masa aku sekolah2 dulu. Kalau aku nak ckp nasib aku teruk, teruk lg nasib
d'org kot. Yang seorang tu baru jek bercerai, kena pukul dengan laki dia, barang-barang kemas kena amik dgn laki dia..ishh...dah menjanda anak sorg...
Yang sorg lagi plak, baru kawen, tapi kawen senyap2....nikah jek.Dah lah umur 29 thn kot bari kawen, dah lah dgn lelaki yg dia tak expect pun jadi husband dia.
Duduk lak jauh dari husband n anak....husband n anak dia duk Jenderak Utara, dia pulak duduk kat Lipis sbb kena tukar mengajar kat sapa. Tapi dia bahagia kot.
Cuma cara dia nak kecapi kebahagiaan tu mcm payah jek jalannya....

Aku, masih seperti dulu....sensitip n suka jaga hati org....selalu terasa sendiri...adakah aku ini negative personnn....kadang2 aku pun selalu terkeliru...
Kadang aku rasa seme org jahat....tapi adakah sbb mmg org jahat ke atau aku yg terlalu sensitive dan lurus bendul dan takot nak fight utk hati sendiri...

Hemmpphhh....ntah lahhhh

Aku tak suka perasaan ni......bila perasaan ni dtg mulalah aku fikir mcm nak balik keja kat UPSI semula jek. Tempat yg selesa buat aku. Tempat yg ada kawan2
yang memahami akuuuuuu.....

Hati aku masih tertinggal di UPSI.....

Thursday, October 21, 2010

SaKIT Mata, H1N1, Chicken Pox...9 Ogos 2009




Macam anak ina, anak aku pun dpt penyakit yg sama sbb letak dekat nursery yg sama...2 miinggu kot sebelom cuti H1N1 pada 30hb Ogos 2009 hr tu anak aku kena sakit mata. Dua2 si Aina dengan si Adib. Aduhhh...nasib baik tak teruk sgt

Pahtu jangkit lak dgn aku. Aku sambung cuti...dah EL jaga anak...aku sekali kena pulak. Nasib kena hari jumaat...so aku EL Jumaat, n sambung cuti hari ahad. Aku kena teruk gak, siap bengkak n merah lagi..sampai tak leh nak pakai cermin mata. Meraba lah aku kerabunan. Doktor pulak takmo bg mc, pasal aku pegi klinik hari sabtu...dia kata hari sinin maybe dah baik, so dia takyah bg mc. Hari Isnin tu mata aku masih merah lagi...tapi aku malas dah nak pi klinik tu byk kali nak amik mc gak...aku g jek lah opis. Doktor cakap, jangkitan bukan sbb kita tengok mata org yg sakit mata...tu mitos semata. Dia ckp akan berjangkit bila cecair mata yg sakit tu kena tangan kita, dan kita pun pegang mata kita pulak. So aku tak risau lah nak g opis dgn mata merah dgn syarat aku jgn sentuh org lah.

Habis sakit mata, demam, batuk selsema pulak.Aku dah tak larat nak EL...hantar jek lah anak2 aku g nursery..walaupun kesian dia dok merengek taknak berenggang dgn kita....pahtu tut tut cuti HIN1 pulak. UPSI tutup seminggu.

Cuti H1N1 seminggu aku balik lah ampang. Husband aku keja walaupun aku cuti, tapi takper lah dia g keja dr ampang, opis dia kat sg buloh tu. Dok ampang, baik ler sikit demam,batuk n selsema anak2 aku. Aku balik Tjg Malim semula pada 4hb iaitu hari Selasa. Ada sehari g cuti H1N1 nak habis. Aku pun hantar lah anak ke nursery pasal aku nak kena g buat urusan bank.

Hantar sehari jek kat nursery..balik2 rumah dah kena chicken pox pulak si aina...kesian betul dia. Nasin Adib tak kena.Aku pun EL lagi lah ni dpd hari Jumaat minggu lepas samp hari ni hari Isnin. Tu tah samp bila plak aku nak kena EL ni. Tak leh hantar depa g nursery, nnt kang jangkit dgn bebudak lain plak. Doktor kata penyakit ni, lepas 3 hari baru dia akan mengjangkiti org lain. Tu yg aku dok terfikir mesti ada mak bapak yg hantar jugak anak dia yg dah kena penyakit ni ke nursery walaupun dah 3 hari anak dia kena. Tu yang berjangkit tu. Tu d'org ni kan mementingkan diri sendiri jek. EL jek lah mcm aku ni. Takpun hantar ler anak tu balik kg ke...tumpang rumah jiran ke, atau apa2 aja lah, janji jgn ler hantar kat nursery..kesian berjangkit kat budak lain. Klu budak jek takper..kang dah jangkit dgn mak bapak sekali...bukan ke lama nak kena cuti tu.

Dah ler klu cuti jaga anak sakit tak leh dpt mc, kena EL. Bila EL rekod kita buruk pulak. Pahtu sambung plak dgn cuti sakit kita lak jangkit. Bp lama nak cuti tu? Keja melambak kat opis. Nak salahkan sapa ni?

Nasib chicken pox ni aku dgn husband aku dah penah kena. Jadi risiko nak jangkit tu payah sikit. Aku husband aku cuti dia dah tader lak tu, nak tak nak aku ler kena jaga anak2 yg sakit ni....nak bergilir dgn dia pun tak leh...huhu

Ingat berpantang tu Honeymoon ke?...5 Jul 2009

Masa aku cuti berpantang selama 60 hari, mesti ramai ingat cuti berpantang tu best kan. Boleh berehat2 selama 60 hari, sambil gaji kita masuk.

Sebenarnya nampak jek macam best. Klu aku berpantang, aku tak tau lah org lain kan, kena ikut rule mak aku.

1) Kena bertungku dua kali sehari, pg sekali, ptg sekali. Biasa aku bertungku dalam pukul 9 utk sesi pg dan pukul 5.30 ptg utk sesi ptg. Tungku tu dah ler panas giler. Naik melecur tangan dan perut aku.

2) Aku kena pakai barut/bengkung. Tak boleh bukak bengkung tu kecuali utk mandi shj. Dengan panas, rimas, berpeluh, gatal dan susah nak bergerak sbb sebahagian peha pun ditutupi dgn bengkung.

Gi satu susah nak bergerak jugak masa minggu pertama sbb luka masih segar lagi. So rasa pedih tu masih ada. Tambahan lagi klu kena sakit rengat. Tu klu darah kotor byk sgt dlm perut. Dia belum habis kuar lagi. Bila dia merengat tu, rasa mcm nak terberanak lagi sekali jek. Sakit oiiii. Nak mebuang air besar pun rs ngeri.

3)Mandi boleh sekali sehari sahaja. Dah siap bertungku, mandi dan pakai barut, baru boleh makan dan minum. Kdg2 kering tekak aku, sbb pukul 12 tghr baru aku boleh breakfast. Sbb selain uruskan diri aku pagi tu, aku kena uruskan anak2 sekali. Maksudnya kena mandikan dan tidorkan budak2 dulu. Nasib baik anak yg sulong depa tolong uruskan.

Mandi sekali sehari, kena pulak klu musim panas, rs mcm cacing kepanasan lah aku tak boleh mandi.

4) Kena pakai stokin 24 jam,baju lengan panjang, kain batik dan tido kena selimut. Tak boleh pasang kipas kuat2. Nnt masuk angin katanya.

5) Bab makan, mak aku tak la straight sgt. Aku boleh mkn mcm biasa kecuali mkn menda2 sejuk, angin dan tajam.

6) Malam2 pulak, bukannya boleh tido lena. Baby aku suka berjaga malam dan melalak. Time org jaga(siang) dia tido. Time org tido(malam) dia jaga. Klu berjaga saja takper, ni siap melalak mintak org layan dia. Dah ler aku ni penakut berjaga malam-malam sorg2. Kadang2 tu ada gak bunyi yang pelik2. Aku wat bodoh jek lah.

Aduh..mmg tak cukup tido. Siang2 pulak, aku tak boleh nak tido, sbb cuaca panas sgt. Lagi pulak, baby aku pun suka menangis klu org tak henjutkan buai dia. Klu buai tu tak bergerak dia panas.

7) Tak cukup dgn tu, dah ler kena berjauhan dgn suami. Kadang-kadang tu rindu lah jugak.

8) Pahtu aku dalam pantang, mak bapak aku tak kasi keluar rumah pun. Tak boleh jejak tanah pun. Takot ada menda menegur lah kononnya. Bosannya duduk dalam rumah jek.

Tu lah serba sedikit pengalaman dalam pantang. Jangan korang ingat senang. Huhu. Aku tak sabar nak merdeka dpd berpantang dan kemabali bekerja. Lagi best rasanya. Sekang aku dah nak masuk 3 minggu dah bekerja semula.....wahhh..nikmatnya

Apa yg best, apa yg tak best...14/05/2009

Ermm...berpantang kali ni...lebih kurang cam dulu gak. Dok jenderak,
umah mak. Rutin, uruskan anak, tengok tv, mkn dan tido..hehehe..

Aku bernasib baik, sbb bila aku dlm pantang jek, selalu ASTRO ngah
siarkan raja lawak. Pahtu bila raja lawak habis, ada akademi fantasia
lak. Mujur dlm pantang, dapat ler tengok beria sikit pasal aku tak yah
wat koje rumah sgt. Klu kat umah sendiri, payah ler sikit.Sibok nak urus
anak, laki dan rumah.

Hemphhh...cakap pasal Akademi Fantasia yg ke 7 ni aku suka. Peserta2 dia
best2 daripada yang akademi fantasia ke 6 dulu. Jauh beza..seme peserta
dia best n ada karekter tersendiri. Aku suka, Akim, Aril, Aisyah, Isma, Yazid
dan seme lah...Paling suka kisah Akim dgn Aishah. Konon si Akim ni minat
kat Aishah..tapi Aishah dah ada pakwe. Suka tengok gelagat d'org. Dua2
cute n kisah d'org cam romantik jek. Teringat masa zaman2 aku bercinta
kat sekolah dulu. Dua2 tu baru umur 18 tahun..ala2 cinta remaja lah.Aril
plak aku suka karekter nakal dia. Isma lak, cam ala2 siti.Suara,perwatakan
dan muka ada iras2 siti, yazid lak kelakau selamba jek,muka nampak cam berutal,
tapi alahai, kelakar.Aku betul2 tengok AF ni siap dgn diari dia start
dpd AF6, pahtu AF7 lah. Dulu aku pelik gak nape org boleh tengok AF sampai
nangis2. Sbb masa aku tengok AF6 tu, tader perasaan pun nak nangis. Dah
lah tak best pun. Tapi bila tengok AF7 ni, baru aku terasa bestnya. Sampai
masa Aril keluar, aku pun sampai nak menitip gak air mata mengenangkan per-
sahabatan d'org tu kan....

Pahtu klu pantang masa aina dulu, aku suka tengok citer indon, tajuk Puteri
Yang Terbuang, pukul 5.00 ptg kat Astro Prima (siaran ulangan,patutnya pkl 9 mlm).
Best citer tu. Kali ni aku layan citer Sepanyol lak pukul 3.30 ptg kat TV3. Tajuk
LALOLA. Citer ni kisah pasal s'org kasanova yg suka mainkan hati pompuan yg telah
disantau oleh salah seorang pompuan yg penah ditiduri dan ditinggalkan begitu
sahaja oleh lelaki ni. Nama watak lelaki ni...Lalo. Tapi bila dia telah ditukarkan
menjadi pompuan, dia guna nama Lola. Citer dia kelakar.Tengok kehidupan dia sbg
pompuan yg cantik. Camner dia nak sesuaikan diri.Lagu tema dia pun best.
Aku ingat nak cari kat internet nanti.Pahtu ptg pukul 6.30 aku layan citer Matahari.
Best gak.

Bosan dlm pantang ni. Dok jek kat umah wat menda sama. Tapi lama2 aku rasa mcm sekejap pulak
hari2 yg aku lalui. Hari ni dah hari yg ke 34. Lebih kurang 10 hr jek lagi nak habis
pantang.

YANG PERTAMA PERMATA HATI, YANG KEDUA PENGIKAT KASIH....12/05/2009

Rasanya baru jek lagi aku menulis pasal experience aku beranak sulong. Kali ni aku nak menulis
pasal beranak kali kedua plak.Kekekke...mcm tak caya jek..

Ni lah aku nak citer experience kedua...jauh berbeza dpd pengalaman pertama. Aku sepatut
due pada 8/4/2009. Aku dah balik kg 27/3/2009 lagi sbb ada kenduri kawan pejabat husband
aku kat jenderak selatan. Aku tunggu punya tunggu nak sakit bersalin, tapi...sakit tu sakit,
tapi sakit main2 jek. Kdg sakit, kdg tak. Sampai hr due date pun, sakit dia masih camtu.
Nurse klinik desa jenderak utara suruh aku g klinik Kuala Krau klu aku tak beranak lg pada
8/4 tu. Aku tak g lagi 8hb tu. Ingat nak g 9hb sbb takot 8hb tu sakit. Aku malas nak masuk
wad awal, bosan...

So, tunggu2 8hb tak beranak gak. Aku pun g lah klinik kuala krau pada 9hb. Pg2 kena marah plak
dgn nurse yg agak tua sikit. Kerek jek. Dia kata, klu nurse srh pegi 8hb, g lah ikut tarikh.
Aku diam jek, malas nak layan kerenah nurse tu, biar dia penat bebel sorg2.Bebel jek, check akunya
tak jugak.

Pahtu ada nurse lain yg check aku, nurse ni baik sket. Dia srh aku g sepital temerloh terus, pasal
kat kuala krau tu doktornya cuti, tak leh nak check baby ok ke tak. Dia takot risiko jek. Pasal
klu ikut prosedur dia betoi, klu tak beranak lagi, seminggu selepas tarikh due baru leh masuk wad,
dgn pengesahan doktor anak tu ok lah dlm perut.

So,aku pun g lah hospital temerloh.Aku dah bajet masuk wad jek...dah siap bwk baju aku n baby siap2
dah. Senang. Sampai jek labor room, lama lah dia check itu ini, termasuk seluk2, scan dan dengor
jantung baby. Doktor yg seluk2 tu baik giler, lembut jek. Tapi doktor yang scan tu mcm hampas.
Tah dia hangin kat sapa tah, habis seme patient dia marah. Dah lah cakap mcm gengster, pahtu siap tendang2
kerusi lagi. Muda lagi orgnya...Dr Maimun kot nama dia. Aku geram nak sound jek doktor tu...aku nak sound,
tak leh ckp elok2 ke dgn patient...klu kot tensen pun, dia mana leh wat perangai camtu.Aku pun keja
kerajaan gak....

Pahtu dah siap check, aku kena masuk wad. Masuk lah Kenanga 5, masuk tu hari khamis. Dapat kengkawan 4 org
katil sebelah2 kat situ.Masing2 dgn masalah masing2 lah. Katil sebelah tu, air ketuban tak cukup,kati dpn lak
anak tak gerak dgn sebelah lagi kencing manis dgn darah tinggi.Tidolah kat wad..Aku dah call husband kata kena
masuk wad tapi tak tau g bila nak bersalain.Husband aku pun terus amik cuti balik phg.Sera salah gak aku nak srh
dia balik, pasal cuti dia dah ler sikit. Pagi jumaat tu Dr biasa pkl 6 dah dtg check, pahtu dlm pukul 10 tu,
dr pakar lak dtg. Check2 kata aku kena induce. Nak masuk ubat ptg. Pahtu tut, tut lps makan tengahari nurse
dah panggil utk masuk ubat. Disuruh aku kencing dulu. Aku dgn budak yg kencing manis tu kena masuk ubat.
Dia masuk ubat, aku kena masuk belon. Mula2 aku tak tau cemana rupanya belon tu...penah dengar org masuk belon
tapi tak tau camner rupernya. Mcm tiub tu masuk kat situ. Lepas masuk belon aku tido..rs ngatuk sgt. Ptg tu dah
start rs merengat2 perut aku...husand aku dtg melawat ptg tu. Tepat pukul 7...dah keluar darah. Aku ingat bila dah
kuar darah tu dah boleh turun labor room. Rupernya kena tunggu belon tu sampai jatuh dulu. Kekkeke

Hari tu sebenarnya ada 2 trip yg masuk ubat dgn belon, trip pagi tu masuk pukul 7 pg..dan trip ptg tu masuk pukul
1. Jadi ada dkt 20 org yg induce lah. Yg trip pagi tu dah ada yg turun labor room dan malam tu ada lah 2-3 org yg
dah selamat bersalin. Malam tu..geng yg trip pkl 1 dgn beberapa org lagi yg geng trip pagi yg lom beranaka lagi, seme
sakit merengat...seme tak leh tido. Sakit lah sgt...rs mcm nak beranak sgt dah. Seme dok merayap dlm wad pasal tak
leh tido. Seme dok menahan sakit. Dekat pkl 3, baru sorg2 masuk tido.Husband2 k'org plak dah geng sesama d'org. Seme
pakat lepak kat cafe n tido dlm kereta..kekkekek

Pagi tu, nurse kejutkan kami dlm pukul 5 lebih.Katanya doktor nak dtg check jln pukul 6 pg. Sekali dengor2 doktor lelaki
yg bertugas. Seme lemah semangat. Tapi nak masuk labor room punya pasal..lantak lah.Tunggu punya tunggu, alih2 doktor
tertido sbb sebelom tu dia ada operation org beranak. Pukul 7 lebih baru dia dtg wad. Masuk masuklah kami sorg demi sorg
utk doktor lelaki tu check jalan. Malunya lah. Yang paling kelakar masing2 punyalah suka dpt baju pink tu, tandanya dapat
turun labor room. Mcm dapat anugerah plak. Seme dah tak sanggup nak tahan sakit merengat yg tak sudah tu. Aku pun berjaya
dpt baju pink tu...lega rs. Dah bukaan masing2 lebih kurang jek seme...dlm 3cm. Pahtu nurse srh kami bersiap..kena marah lagi
sbb seme belom mandi. Patutnya ada nurse gerak pkl 4 srh kami mandi...tapi tader pun, mana kami tau. Then kami disuruh
berak, dia dah masukkan ubat berak kat punggung kami. Disuruh mandi dan makan sarapan dulu.

Dan dan dah siap, labor room lak penuh...aduhhh...3 org jek yg lepas pegi. Hangin jek. Pahtu tunggu lagi..samp sakit pun dah
hilang pulak. Pahtu aku dah give up dah. Kesian kat husband aku dok tido dlm keta dah dua mlm. Aku dh message dia srh balik
rumah mak dulu..maybe lambat g aku beranak.pahtu aku tido...dlm pkl 12 tghr nurse gerak aku srh siap nak turun labor room. Aku call
husband aku, nasib dia tak balik lagi.

Wahh, ingat masuk labor room dah lega ke...masuk2 aku dah rs tak konfiden, sbb dah tak sakit dah, cemana nak beranak. Rupernya
prosedur induce tu lom habis lagi....doktor masuk n pecahkan ketuban aku. Sakit gak dia seluk n korek.Pahtu d'org masukkan air.
Pahtu sakit tu mula dtg semakin kerap dan semakin sakit....punyalah lama aku menanggung. Dpd pukul 12 tu sampai ke pukul 7 mlm.
Nurse yg jaga aku lak bebudak praktikal...muda2 lagi. Nasiblah jugak. Boleh ler aku demand sikit. Aku mengiring lah, kekadang
angkat kaki, kadang aku suh depa naikkan penyandar kerusi. Klu nurse betul, mampus aku kena bebel. Husband aku ada lah teman kat
sebelah. Air masuk sampi 4 tabung. Sakit giler lah, rs mcm kena siat2 kulit ni. Baby plak bleh tido dlm perut. Mcm mana nak
kuar. Asyik tido jek.

Dah sakit sgt aku suh bbudak practical tu panggil nurse...dah bape kali depa seluk, masih belum bukak beso lagi jlnnya. Pahtu
bolehlah pulak sorg budak praktikal ni...nak try seluk, dah ler time tu aku tengah sakit giler..dia boleh main try2 plak..hangin
jek rs. Pahtu dekat pukul 7 tu dah bukak 8cm 1/2..aku dah tertahan dah sakit sgt, nurse tu kesian tengok aku, dia cocok pulak
kat punggung kata utk cepatkan bukaan rahim dan kurangkan sakit. Pahtu dah dalam pukul 7 tu aku dah tak kira, dah tak tahan nak
meneran sgt dah...pahtu barulah doktor dgn nurse betul dtg...aku pun start teran, 2-3 kali, baby dah kuar....uhhh leganya...
merdeka rsnya. Pahtu kali ni nurse cuci perut aku dan jahit tanpa bius..tapi aku dah tak rs sgt dah kesakitan tu. Tak lah
sampai kena gigit kain mcm yg org selalu citer.

Dah selamat bersalin...aku dah relaks..tertido2 dah sbb ngantuk sgt, dah dua mlm sblom tu tak tido. Penat manahan sakit
lagi selama lebih kurang 8 jam. Aku menyusu pun mcm tak menyusu..mamai..siap mengigau2 lagi...mcm terbayang2 lagi
kesakitan 8 jam tu. Dekat pukul 10 mlm, barulah aku dihantar masuk wad. Satu mlm g husband aku tido dlm keta...kesian dia.

Tu lah..kisah beranak anak kedua aku...mcm2 hal...Lahirlah Adib Fahri Shahril dgn berat 3.4 kilo...beso tu...bertuahnyer
anak..hehehhe

Rasa hangin gak.....12 Mar 2009

Ermmmmphhhhh...nak mengeluh panjang2...tau berdosa mengeluh...tapi tak lah ....

Aku, suami dan anak-anak....

Aina sakit lagi, sakit biasa lah, demam, batuk n selsema. Baru jek baik dah kena lagi. Hari minggu lepas sempena cuti Maulidur Rasul, aku n pemili balik Ampang. Nak g umah uwan jauh suami aku. Konon2 nak belikan kerusi malas utk dia. Uwan jauh tu asyik sakit pinggang dan lutut, sbb asyik duduk atas kerusi kayu.

Rumah dia byk kucing...bukan aku tak suka g rumah dia lama2. Bukan jugak aku tak suka kucing....tapi rumah dia tu kecik, rumah flat 2 bilik, pahtu kucing byk....di mana2 ada bulu kucing, bau najis kucing dan air kencing dia. Aku tak kisah, tapi kesian Aina lah. Aina tu dah ler suspek lelah...didedahkan lama2 dgn udara yg tak bersih mcm tu....mana budak tu tak batuk n selsema. Kenapa itu pun ayah dia tak leh pikir. Kaang aku cakap kang, ayah dia terasa lak....entah ler, payah gak

Pahtu alih2 aku lak yang disalahkan budak tu batuk teruk. Dia kata aku tak hantar toto ke dobi....mcm aku sorg jek yg pegang tanggungjawab tu ....dah ler aku ni dah sarat 9 bulan...nak bergerak pun payah...dia suruh2 lak kita ke sana ke mari.....arggghhhhh....tensen n geram.

Satu g kes yang wat aku geram ialah pasal keta Sutera tu...yg suka mengaum dan mati enjin. Aku nak bwk balik phg g servis center dia. Tu pun payah nak bawak balik keta tu....agaknya dia nak tunggu aku dgn anak2 eksiden dulu baru dia sebok nak baiki keta sutera tu ker,,,,,tak tau ler.

Malas aku nak ngumpat2 laki sendiri ni...tapi tu lah..sekadar nak luahkan rasa hati jek....

PeTuA OrAnG tUa UnTuK aNaK cEmErLaNg...25 Feb 2009

1) Waktu Maghrib

-Tutup semua pintu,tingkap dan tv sembahyang jemaah satu pemili.

- Elok klu ayah mengajar anak mengaji dan solat.

-selalu puji anak2 utk buat menda baik.

2) Pukul 9 malam

- masuk tido dan tutup lampu. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Jangan amalkan tido dpn tv. Kerana masa nak tido adalah waktu otak anak2 sgt aktif menerima ilmu baru. Terutama umur anak antara 2-7 thn. Jadi elok waktu nak tido tu, dibacakan zikir, selawat atau kisah2 nabi.

- elakkan dpd tido memegang alat mainan.

- tido elok mengiring ke kanan atau meniarap supaya oksigen senang masuk dlm otak.

- enaman selepas solat subuh dan berdoa agar kesihatan anak2 terjaga.

- selalu ceritakan apsal syurga dan neraka, anak2 cepat mendengar.

- ibu bapa jgn terlalu meninggi suara, tetapi hendaklah tegas dlm mendidik anak2

3) Pemakanan anak2

-masak makanan sendiri lebih bagus, kerana air tangan kita masuk dlm makanan yg kita masak untuk anak2. Semasa membasuh beras bacalah selawat dan berdoa : Ya Allah,ya Tuhanku sebagaimana bersihnya beras ini, bersihkanlah jiwa anak-anakku. Semasa kacau beras, kacaulah ikut lawan putaran jam dan berdoa lagi, Ya Allah, ya Tuhanku selembut mana nasi ini, Engkau lembutkanlah hati anak2 ku.

-Selalu buat sup utk anak2 tapi jgn selalu bg sup ayam sbb ayam skrg byk cucuk hormon.

- Dalam sup letakkan 2 jenis sayur. Jarangkan guna kacang2 sbb angin utk baby.

- bykkan daun salad,daun sup, tauhu,kentang carrot, dan variasikan menu anak2.

- ajarkan doa makan kepada anak.

- biasakan gunakan bekas kaca atau stainless steel. Kerana tapeware byk bhn kimia.

- ELAKKAN MAKANAN RINGAN SPT COKELAT DAN GULA DAN JAJAN. Bhn2 ini menyebabkan kurang oksigen dlm otak dan anak jd perengus.

- Bykkan minum jus yg dibuat sendiri terutama jus pegaga dan carrot. Elok pegaga yg ditanam sendiri. Minum setiap pagi sebelum mkn menda lain.

4) Masa di dalm kereta on the way ke nursery, baca bersama2 dgn anak al-Fatihah, ayat Qursi dan selawat ke atas nabi. Supaya hati anak2 lembut dan tidak degil.

5) Jaga perkataan yg ibu bapa keluarkan daripada mulut. Ckp menda2 elok supaya anak2 tidak mengikut kata2 tak elok.

6) Permainan, carilah permainan yg membina minda. Bykkan mainan tradisional. Mainan paling murah dan boleh mengurangkan stress anak2 ialah mengoyakkan kertas, melukis dan gunting2 kertas dan main tanah liat.

7) Selalu cium dan peluk anak2 terutama anak2 yg terdahulu, kerana bila dia dpt adik, selalu anak yg terdahulu akan kekurangan kasih sayang.

Mahukan Anak2 Anda Cemerlang dan Beriman?.....25 Feb 2009

Minggu lepas, hari Sabtu 21/02/2009, nursery Aina ada buat kursus Tips Ke Arah Kanak-kanak Cemerlang. Aku join lah sbb nak tuntut ilmu keibubapaan. Byk yg boleh aku dpt dpd Umi Ju. tokei taska tu lah. Umi Ju ni bagus gak, dia byk ilmu dlm menjaga anak2. Aku selalu mintak nasihat dia, pasal anak aku si Aina ni spesel sikit. Bukan apa, spesel selalu sakit, demam, batuk, selsema, byk ragam, sensitip lah. Samp moyang dia labelkan dia tuan puteri byk songeh...hehheheh

Ni lah aku nak kongsi sikit2 ilmu yg aku dpt dgn kengkawan yg baca blog aku.

1) Anak-anak cemerlang ni mesti start daripada dlm kandungan lagi. Menda nak kena buat ms dlm kandungan :

a) Ibu mengandung ni kena jaga mkn. Jgn makan makanan haram, nnt anak jd anak derhaka.

b) Hendaklah sentiasa berdoa agar anak yg dikandung itu anak yg baik.

c)Membaca ayat2 Quran tertentu :

- Surah Maryam, utk dapatkan anak perempuan yg baik.

- Surah al-Luqman utk anak pintar dan soleh

- Surah Muhammad - supaya anak sentiasa dikenang dan disenangi oleh manusia lain.

- Sentiasa berzikir supaya anak yg dikandung sempurna sifatnya.

2) Setelah anak dilahirkan

a) ibu perlu mengambil makanan yang baik dan halal terutama ketika ibu menyusukan anak.

b) tanggungjawab mendidik anak-anak tdk diserahkan bulat2 pada nursery atau sekolah.

c) umur 7 tahun dah boleh suruh solat,puasa dan bercakap baik.

umur 10 tahun dah boleh dipukul klu tak solat.

d) Ajarkan anak doa utk ibu bapa.

e)selalu buat solat hajat utk lembutkan hati anak.

Mengimbau Kenangan...13 Feb 2009

Minggu lepas kami satu keluarga demam....lama pulak tu....

Start Sabtu dan Ahad tu kami pindah semula ke rumah blok A 112 sbb kebocoran dah dibaiki dan rumah pun dah cat. 2 ke 3 minggu sebelum tu kami kena pindah ke rumah blok A 101 utk sementara. Pahtu penat tak hilang lagi, dah kena pindah balik rumah lama. Nasib tak angkat seme barang, angkat baju, brg dapur, toileteries, tilam dgn sedikit kabinet jek.

Tapi bayangkan, dah ler aku peknen 7 bulan, husband pulak baru baik dpd patah eksiden...aduh, mmg seksa lah. Tu belom masuk nak angkut aina ke sana ke mari lagi. Takkan nak tinggal budak cenonet tu, meraung lah dia jawabnya. Kecuali dia ngah tido lah.

Pahtu lepas pindah tu, aku terus demam selama 3 hari. Isnin, Selasa dan Rabu, sekali dgn batok dan selsema. Pahtu pakwe pulak samb berjangkit hari rabu tu. Sampai Selasa baru ni. Hari Rabu baru dia start keja. Jadi cuti 3 hari sempena Thaipusam kami dok umah jek. Rasa bosan lah pulak sbb pekwe asyik tido jek. Asalnya kami plan nak g KL nak shopping kipas meja dgn blender, tapi sbb demam, aina pun jangkit gak lepas tu, terpaksa ler dok umah jek.

Bila dah dok umah tu, aku termengimbau kenangan2 lalu, kenangan masa bercinta, kenangan masa mula2 kawin, masa mula2 dapat anak dan kenangan masa jaga husband kat hospital waktu dia eksiden tu.

Bila fikir2 balik, byk sgt dugaan yg kami dah lalui. Contoh macam eksiden tu, mcm tak percaya kami dah laluinya. Macam tak percaya jek. Husband aku pun dah nak masuk 3 minggu dah dia kerja. Alhamdullillah lah, walaupun dah tak sesempurna dulu.


Ni time raya puasa husband terlantar kat sepital, nasib mak dgn engku bawak aina dtg tengok ayah dgn mama dia...huhu..sedih giler time ni..cry

Tapi macam sekang ni dah byk yg berubah sejak nak masuk 2 tahun anniversary kami...

Samb macam-macam dah jadi...27 Jan 2009

Lepas letak anak kat kg...bleh lah aku concentrate jaga husband. Kami menunggu prosidure yg sepatutnya dilakukan oleh pihak hospital Telok Intan utk merawat kaki husband aku...tunggu punya tunggu punyalah lama. Nk kena g wat CT Scan lah kat ipoh..kena tunggu 2 hari, pahtu nak kena operatenya tak tau pulak bila....maybe seminggu lagi ke...Husband aku pulak asyik kejang jek pulak kaki dia...kesian aku tengok dia...

Last2 kami bincang utk guna insurance prudential yg dia amik masa thn 2004 tu....kami guna medical card tu utk pindah hospital swasta kat ampang. Amik terus Ampang puteri, pasal klu nak pindah GH kt KL takot prosidure dia sama jek mcm kat telok intan ni ha..lambat nak mampos...

Lepas gedebuk gedebak dgn prosedur insurans dan prosedur pindah sepital...dpt ler kami pindah ke ampang puteri...naik ambulan private..punya ler laju...puas hati lah gak dgn servis dia..pasal rega nya pun rm1000 lebih..sampai2 kat ampang puteri, alhamdullillah seme prosidur berjalan cepat. Cuma dok wat jek lama sket sampai 21 hari...ni pasal hoapital swasta mmg suka thn org lelama sbb dia nak claim insurans byk....waduh2 aku dah naik bosan doh dok hospital...makanan dia tak sedap, sbb ala2 cam masakan hotel gitu...sedap lg makanan dkt GH...

Pahtu husband aku ni...dia dah sakit, mcm2 pulak perangai dia buat...kdg2 mcm budak kecik buat peel pun ada. Aku dok menahan sabar jek lah...menahan dan melayan kerenah dia...sampai rs nak bunuh diri pun penah ada...mcm nak tejun bangunan jek...time aku terinsap tu..aku g surau..tenangkan diri, baca quran...

Besar sungguh dugaan Tuhan...dah lah hati aku meronta2 rindu kat aina sofia kat kg....husband lak wat perangai yg menyakitkan hati...tapi dek kerana sayang aku pada dia...aku tabahkan hati ini. Boleh katakan hampir setiap hari aku menangis. Tu belom kisah beraya kat hospital lagi tu....yg patutnya raya tahun 2008 ni adalah giliran raya kat rumah mak bapak aku kat phg...sapa tak sedih...uwwaaaa...cry

Aku cuba ikhlaskan hati aku utk jaga husband..aku pasang niat elok2...aku rs bersyukur sbb aku dapat jaga dia time2 camni...cuma kekadang perangai dia yg byk songeh tu yg buat aku hilang sabar dan keikhlasan aku tu tergugat....Kesengsaraan aku berakhir separuh apabila masuk minggu ketiga doktor membenarkan kami keluar wad...gembiranya aku rs..mcm bebas dpd penjara jek. Cuma separuh lagi kesedihan yg belom pulih sbb aku tak dibenarkan amik aina sofia dpd kg lagi...sbb suami aku perlukan perhatian lagi...utk dia menjadi lebih kuat. 3 minggu dia dok umah kat tjg malim, aku dah start keja.....sekali lagi kesabaran tergugat dgn kerenah dia di rumah pulak....dah ler aku dah start keja...penat2 kat opis...balik rumah ada org buat hal pulak....hari2 lagi aku menangis...

Lepas 3 minggu, br g appointment doktor, then lebih kurang sebulan dia kena pegi fisio pulak 3 kali seminggu. Time ni dia dok umah mak dia kat ampang, cuma ujung minggu jek dia balik tjg malim....tinggal ler aku sorg2 kat tjg malim. Awan gelap belom berarak lagi..aku kesunyian kat rumah terkenang anak dan suami yg jauh di mata...aku hr2 nangis lagi....bila time dia balik tjg malim n nak balik ampang semula..aku rs berat jek nak lepaskan...sedih sgt...

Lepas dlm 1/2 bulan camtu...raya haji br bln 12 2008 tu kami balik phg amik aina sofia yang amat kami rindui....br terubat sket luka di hati ni...then husband masih lagi fisio di ampang sehingga 16/01/2009 br habis fisio...dan dia start keja pada 19/01/2009 kira2 seminggu yg lalu....Baru ler tenang sket hidup aku sekarang....

Tapi tu lah kuasa Tuhan..aku dpt byk pengajaran dpd peristiwa ini, kesabaran, erti kasih sayang sebenar, kesetiaan, menghargai org yg kita sayangi dan tolak ansur.

Untuk aina sofia...mama akan lebih menyayangimu.....kesian anak mama kena tinggal kat kg....mama akan ganti balik seme kasih sayang mama yg hilang dlm masa tu utk aina sofia walaupun nnt aina sofia dah dapat adik...mama takkan abaikan anak mama ni...insyaallah....

Wednesday, October 13, 2010

Macam-macam Dah Jadi....20 Dec 2008

Aku pregnant lagi....bila aku dapat tau masa bulan 7 2008. Masa tu Aina Sofia baru lebih kurang 5-6 bulan umur dia....terkejut gak...berlaku secara eksiden...tapi dah rezeki...terima aja lah...

Then when i got morning sickness cam biasa samp 3 bulan pregnancy...selalu gaduh dgn husband pasal aku tak larat nak wat keja2 rumah dan melayan aina sofia dan husband pulak rs terabai....aduh..hr gak kami bergaduh, mesti ada jek something slack setiap hari.....

Tiba2 dalam bulan puasa..kami sekeluarga dapat ujian besar, husband terlibat dgn eksiden...20 Ramadhan...dia keja ulang alik daripada Tanjong Malim ke Sungai Buloh setiap hari naik motor..Mula-mula drive kereta..pahtu sebab minyak naik, terpaksa naik motor sbb nak jimat. Then hari tu hari Sabtu dia keja separuh hari...balik keja tu lah dia kena. Dia terlanggar keta yang benti kat emergency lane...tak perasan sbb hr tu panas terik, silau ...tiba2 sedar keta dah depan mata...rempuh aja lah. Akibatnya tulang pinggul kiri dia patah, dan tulang kat pergelangan tangan kiri pun patah. Aku masa tu tengah tunggu dia balik keja dan dah siap packing sbb nak balik ampang...lama aku tunggu dia tak balik2. Ingat dia ada keja urgent nak kena settle so tak leh balik on time. Aku call henset dia tak dpt.Hati dah terdetik risau. Pahtu ada satu no 018 call henset aku, tapi tak angkat. Aku ingat budak melaun yg langgar keta aku last 2 week yg call utk mintak duit ehsan dia....aku biar dan siap off henset lagi.

Tak sangka lak yg call org yg tolong husband aku masa eksiden.Husband aku dah dihantar ke Klinik Tjg Malim. Dan ptg tu no 018 tu naik lagi dlm pukul 5.30 ptg..aku angkat. Terkejut lah dah dia kata husband aku eksiden dan dah dihantar masuk Hospital Slim dah. Aku dgn gelabahnya angkut Aina pegi Sepital Slim, dah tak hirau dah mkn utk bukak poser. Lepas dekat 2 jam tunggu husband aku dlm emmergency room, d'org kata nak hantar dia ke hospital Telok Intan dlm pkl 9.30 mlm. Lagi lah aku gelabah, mcm mana aku nak angkut aina malam2 buta ke telok intan...Lagi sedih bila call kawan2 terapat utk mintak bantuan, d'org seme tader kat tjg malim. Maklum lah hari Sabtu..seme ada program masing2 kan...

Aku call mak mertua, dia setuju dtg jugak mlm tu, tapi lambat sket lah...aku kata dtg rumah aku lah, then pagi2 esok baru sama2 pegi hospital teluk intan...aduh hati aku risau teramat nak lepas husband sorg2 naik ambulace ke Hospital telok Intan.

Keesokan pagi aku dan mertua sama2 ke Hosp telok intan dan satu lagi dugaan buat aku...husband tak bagi aku balik tjg malim, sedangkan aku sehelai sepinggang.Pahtu aku tiba2 terpaksa berpisah dgn aina. Mak mertua bwk aina balik utk dikirimkan ke phg rumah mak aku. Kena letak aina sementara kat situ supaya aku leh concentrate jaga husband.....aduh...sedihnya hati...Bersamb...

KeResAhaN mAsIH bErsArANg..27 April 2008

Setelah balik cuti bersalin, hatiku semakin resah.Resah tentang kehidupan dunia.Kerisauan
tentang suami dan anak.Suami dah tukar tempat keja dekat Sg. Buloh.Dia dah berulang dpd rumah ke Sg Buloh setiap hari, jadi aku tidak lagi keseorangan di rumah.Itu sesuatu yg menggembirakan.Tetapi di sebalik kegembiraan itu, ada pulak masalah lain yang timbul.

Anak aku plak kuat melalak mlm2. Asyik nak bergayut dgn tetek jek. Aku balik keja nak masak,laki aku nak makan pulak. Nak basuh kain, nak gosok baju. Sementera aku wat keja2 tu, husband aku ler take over pegang aina, baby aku. Tapi dia cepat naik angin sebab budak tu asyik melalak jek. Dia pulak penat travel 75 km balik dr tempat keja.Malam2 dia nak tido awal, anak melalak plak tu.

Aku kesian tengok husband aku travel hari2 penat.pahtu aku kesian gak gaji dia habis byk kat jalan.Duit minyak, duit tol. Dia srh aku cari keja kat KL, supaya dekat sikit dia nak g keja. Dan peluang dia nak cari keja lain kat KL pun senang. Aku bukan tak nak. Tapi aku takot dok KL. Rushing, mencabar,kos tinggi. Aku takot lagi teruk dpd dok tjg malim.G satu, aku takot nak tukar tempat keja, nnt dia srh aku buat keja yang aku tak reti buat. Aku ni bukannya terer sgt. Maklum lah, IT ni skopnya luas dan sentiasa berubah2.

Aku tensen n tertekan sekang ni. Hari2 aku balik keja, kena buat keja kat rumah pulak. Pahtu anak melalak, pahtu kena marah lagi dgn husband....aku tensen. Aku rela korbankan perasaan aku. Aku boleh bersabar lagi. Walaupun bila kena marah tu mmg mkn dalam.Aku harus bersabar dan byk2 bertenang. Semoga Allah memperkukuhkan iman ku. Semoga rumahtangga kami tdk goyah. Aku takot sgt...

PeRmAtA HaTi mAma...10 April 2008

Aina Sofia Shahril 2 hari lepas lahir


Lamanya aku tak menulis dalam blog ni..rasanya dekat setahun. Sejak aku pregnant. Maklum jek lah pregnant…selalu tader mood jek nak buat apa-apa. Ermmm..diam tak diam, pejam celik pejam celik..aku dah pun selamat bersalin…..

Tanggal 17/2/2008 selamatlah aku melahirkan seorang puteri yang kuberi nama Aina Sofia Bt Shahril…sedap tak nama tu? Ermmmm maknanya, mata yang cantik lembut. Dari dulu lagi aku berkenan dengan nama Aina ni..aku rase cam unik jek nama tu.

Satu pengalaman yang aku rase tak dapat nak lupakan bila mengandung dan bersalin anak sulong. Yelah mengandung dah sikit punya teruk. Beranak pulak sekian punya sakitnya. Due aku sepatutnya 18/2/2008…then seminggu sebelum tarikh tu aku dah bercuti dan balik Phg rumah mak. Genap jek seminggu dok umah mak…dah ler hati sedih sebab berjauhan dgn pakwe…sakit2 merengat tu dah ada sepanjang minggu tu..Cuma dia dtg dalam 2-3 kali sehari. Aku diam jek, tak mau bagi tau emak dan ayah aku, takut depa kelam kabut pulak

Then hari Jumaat 15/2/2008, mlm tu aku menonton Raja Lawak Astro sambil menahan sakit merengat yang makin menjadi2. Habis Raja Lawak, aku terus masuk bilik utk tido…tapi, Ya Allah..tak boleh tido aku dibuatnya..sakit lah sgt, dia dtg dlm ½ jam sekali kot. Then sampai pukul 5 pagi tu..aku tengok ada keluar darah sikit…aku pun kejut lah mak dengan ayah aku…kelam kabut ler org tua 2 orang tu pegi panggil bidan kerajaan kat klinik desa.

Masa kat sepital Temerloh tu aku masuk pukul 6 pagi Sabtu, then masuk wad menahan sakit merengat yang 10 minit sekali datang sampai pukul 2.30 pagi Ahad baru masuk labour room. Dia punya sakit, tak tau nak cakap lah. Sakit sgt2 sampai aku tertonggeng atas katil. Klu diingat balik, macam kelakar jek. Patutlah syurga di bawah kaki ibu.

Aku masuk labour room pukul 2.30 pagi, pukul 4.30 pagi Ahad baru baby keluar. Leganya lah rase. Then aku tengok baby aku, suci jek muka dia. Rasa macam ajaib dan tak percaya jek, baby besar tu boleh hidup dalam perut aku. Pakwe aku masuk labour room sekali, teman. Nasiblah dia nak masuk sekali. Aku rase bersyukur sgt2. Sbb susah nak carik husband yang nak masuk sekali masa bini beranak...hehhe...

Tapi masa baby baru lahir, aku tak berapa rs lagi sayang dekat dia...rs jeles plak, sbb pakwe aku asyik layan baby jek..rs cam aku dah dilupakan jek. Tapi lepas beberapa minggu baru aku rs sayang sgt2 dekat aina.....rasa sanggup berkorban apa saja utk seorang anak. .Begitulah perasaannya bila dah jadi seorang ibu.

DuNiA BaRu...14 Ogos 2007

............aku dah pregnant 3 bulan. Mcm tak percaya jek kan. Mula-mula kami check guna pregnancy test lom ada lagi...masa tu lom cukup lagi sepatutnya tarikh yg aku period. Pahtu bila dah lebih dari tarikh yg sepatutnya aku period kami check lagi sekali...mmg sah aku pregnant....kami berpelukan kegembiraan...rasanya macam saat yg paling bahagia dalam hidup ini.

Tapi pahtu...rupenya barulah tau betapa seksanya s'org ibu yg mengandung...duduk dlm keadaan tak selesa...loya2, sakit sana sini...kena makan..klu tak makan..nnt masuk angin. Aku dua kali terlantai kat katil sbb masuk angin tak makan. Time tu...tak leh bgn....nak bgn jek muntahm muntah dan muntah..seme makanan dah keluar, pahtu nak masukkan makanan atau minuman lain tak boleh...masuk jek kuar balik.

Sampai ada gak terlintas kat hati aku ni menyesal mengandung...wakakakak. Dalam masa yg sama plak..keja tengah melambak dkt opis...boss i plak mc sebulan sbb keguguran..kesian gak dkt dia...and at the same time..tekanan utk aku lah sbb terlampau byk keja.

Aku dah tak boleh masak..loya bila bau minyak yg digoreng, keja rumah tak larat n tak lalu nak buat. Kesian kat husband aku...aku rs cam dah tak leh jd isteri yg perfect. Nasib baik dia jenis paham dan menyokong. Masa aku terlantar sakit tu tak bleh makan..dia yg pulihkan aku...dia yg paksa aku makan, sapu kan minyak angin, pujuk aku bila aku menangis sbb tak tahan sakit, bila malam dia tido sambil peluk aku..supaya aku tak rase sakit sgt n supaya aku tak sejuk dan anagin amsuk perut...aku rs terharu sgt. Masa tu peluk cium daripada kasih sayang seorg suami adalah ubat yg terbaik.

Sekang ni aku dah ok sket..jrg muntah dah...n dah kaut sket nak bergerak...mcm2 lah...ada org kata aku maybe dpt anak perempuan sbb alahan teruk n dr awal lg dah alah...tu lah perasaan aku sebagai ibu mengandung selama 13 minggu ni...Smile

3 bulann....24 May 2007

Aku tau dia sayang pada ku, aku tau dia ambil berat diriku, aku tau dia tak benci aku, aku tau dia nak spent masa dengan aku, dia sentiasa rindu padaku..

Tapi dia tader masa untuk semua itu...aku paham, aku harus paham dan aku sepatutnya paham...dia tidak sengaja mengabaikan diri ku....

Tapi hati perempuan tetap hati perempuan susah untuk memujuk sekeping hati yg begitu lembut dan terlalu mudah tergoresss...

Apa harus aku buat....Tuhan tolong lah tabahkan hati ku...besar dugaan MU....

Jalan-jalan cari....7 May 2007

Cuti Labour Day hari tu..aku dpt peluang bercuti lama sket dgn husband aku...dr hari Sabtu, sampai hari Rabu...5 hari. Best giler...kami balik Kg Phg 2 Hari, then balik Ampang jap..singgah jek..masa on d way balik dr Phg ke Tjg Malim.

Pahtu hari Selasa, g tengok wayang. Wayang pertama sejak kami jd husband n wife. Pahtu hr Rabu g Sungkai Hot Spring...sonok. Tapi nampak gaya nyer mmg honeymoon kami kat sini jek lahhh....tak per lah....honeymoon kat Sungkai jek...janji kami seronok. Bahagia..yer tak.Angan2 nak g honeymoon kat Genting pun tak lepas2 lagi..huhu

Mmg betoi klu dulu ms bujang aku selalu dengor org dh kawen kata klu kawen tu best. Mmg yer pun. Itu lah aku rs buat masa sekang ni...tapi ayat yg kata 3 bulan jek best tu yg aku rs tak sedap hati tu...mintaknya pada Tuhan..biarlah kami best sampai ke akhir hayat. Best..sbb aku boleh buat apa yg aku angan2 nak buat masa sebelom kawen menjadi kenyataan...cam tak caya jek..tapi caya lah. Tapi masa g tu..org ramai pun nengok kami lain macam sket..maybe d'org ingat kami couple kot, bukan suami isteri....kami pun dgn berlagak nyer..selamba jek dok romantik2 kat situ...klu kena tangkap pun..tunjuk jek lah kad kawen tu..ehehhhe...jahat...Ni gambor masa g sana ni...

Aku nak pergi dr sini....16 April 2007

Akhirnya dpt jugak aku membuat keputusan ini....setelah 4 tahun berfikir...tapi masih kah ada peluang lagi utk aku pergi...??? Dah bapa byk peluang yg aku lepaskan utk pegi dr sini....

Mungkin pemergian ku akan membuatkan beberapa hati di sini senang dan tenang...siapalah aku..hanya sampah di mata mereka...tiada harga...

Semoga Tuhan membuka pintu2 rezeki utk ku di tempat lain...mungkin di situ pun aku akan menemui masalah yg sama...tp biarlah...cukup semua pengalaman aku di sinii...aku sudah tidak boleh bersabar lagii...

Namun aku masih tercari2 lagi apakah kesalahan ku terhadap mereka2???.......

Aku Rase Tuhan Maha Adil....8 April 2007

Smlm aku balik Ampang lagi, rumah keluarga belah Shahril. Tiba2 Bang Lang (sepupu Shahril) nak bertunang semlm. Jd jugak dia bertunang setelah 5-6 kali tangguh. Kelam kabut gak aku ngan husband aku, sbb dia ckp last minit. Dah ler hari smlm husband aku ada meeting penting kat Seremban....

Memandangkan Bang Lang ni org kuat ms aku bertunang ngan kawen dgn husband aku, jd tak sedaplah pulak klu majlis bertunang dia kami tak dtg. So aku secara paksa rela kenalah mewakilkan husband aku utk join rombongan meminang tu. Letih gak kena terkontang-kanting sorg2 kat umah keluarga mertua. Mati kutu dibuatnya. Pahtu aku kerana ketereran aku, ceh konon2nyer lah..aku diberi tugasan membuat gubahan buah hantaran n sirih junjungan. Rs lega sket sbb ada lah sumbangan aku kan. Dan rs riak sket sbb ketereran aku diikhtiraf...wakakkakka.

Nasib lah cepat jek aku dpt menyesuaikan diri dgn mak2 sedara2, sepupu2 dan adik2 shahril, dgn cara aku lah. Aku dah dpt masuk dgn mak2 sedara dia. Kdg2 rase mcm menantu kesayangan pun ada gak,,sbb diberi layanan istimewa. Kdg2 baru aku sedar, tindakan d'org yg terlampau campur tgn masa kenduri kawen aku, sbb d'org suka kat aku n husband aku. Mcm kami ni kebanggaan bagi d'org utk ditunjukan pada jiran2 dan kaum keluarga yg lain. Segan n terharu lak aku rs.

Adik2 dia pun bukan main sporting ngan aku...siap k'org boleh landing2 atas katil ramai2 sambil mengumpat. Mesra lah. Lagi mesra dr adik beradik sendiri plak rsnyer. Tuhan itu Maha adil pada manusia2 yg sering menjadi mangsa keadaan macam aku n husband aku...huhu

Satu lagi bukti Tuhan itu Maha Adil ialah....aku rase Tuhan telah membalas perbuatan 2 org manusia yg begitu hipokrit dan bodoh sombong dan telah byk menyakitkan hati aku satu ketika dulu. Yg membuatkan aku rase spt sampah di mata mereka.

Dulu aku pernah jd org tengah di antara 2 insan yg nak bercinta. Yang sorg tu nak kat sorg lagi....tapi yg sorg ni tak nak. Mati2 tak nak. Samp yg sorg ni jd tak betoi kejap lah...sbb kuciwa. Dan turut hipokrit jugak...sbb tak nak ikut nasihat org yg byk pengalaman....kiranya...dh ler bodoh...sombong pulak tu...

Tapi dgn keadilan tuhan,,,akhirnya dua insan ini telah jatuh cinta dan mengikat tali pertunangan. Aku rs nak tergelak besar...sbb klu aku....mesti aku malu giler..dulu tak nak sgt, skrg, apa dah jd????

Tu, masih nak rahsia2 lagi tu. Aku bukan apa...nak tergelak sbb keegoaan, kehipokritan dan kebodoh sombingan d'org tu jek.,,tapi aku nak kata apa...biarlah aku diam2 jek, walau dah tau....perasaan dendam dan tak suka aku....aku pendam dlm2 dlm hati aku.

Aku nak jd org baik...biarlah org buat hati aku robek....tapi aku tak mo berdendam...aku doakan jek korg bahagiaaaa...hingga akhir hayat...dans emoga pengalaman ini menjadi tauladan kita semua....Aminnnn

Kawen, kawen, kawennnnn...22 Mar 2007


PERKAHWINAN.....


Aku masih termanggu dengan perkahwinan ini....

Tanggal 4hb March 2007, jam 11.00 pagi, aku telah selamat dinikahkan dengan org yang paling aku sayang,
Shahril Saruddin. Detik yg paling membahagiakan dalam hidup aku, detik yg aku tunggu selama hidup aku 26 tahun.
Dialah orang yang akan menjaga aku di dunia ini, tempat aku bergantung harap,bermanja dan tempat mengadu masalah.

Tapi aku rasa cukup lah sekali aku mengalami pengalaman berkenduri kawen. Satu proses yg menuntut seribu kesabaran.
Pelbagai cabaran yang aku perlu tempoh sebelom menjadi pengantin baru. Bila nak berkenduri, baru aku tau, sokongan
ibu bapa, adik beradik dan sedara mara tersangatlah penting. Masa ni kita memerlukan pertolongan dari d'org seme.

Aku ada lah juga berasa terkilan dgn perangai adik beradik. Yang kata nak menolong dr awal, tp lastnyer buat last minit
pun ada. Ada yang kata nak sponsor mcm2, tapi lastnyer habuk pun tader, pun wujud gak. Adik2 aku, langsung ler, tak bape
nak boleh harap. Adik pompuan, pemalas sket, seme menda tak pandai. Adik lelaki, buat tak endah jek. Tu d'org balik pun,
kira nasib baik ler tu. Sedara mara, mak2 dan bapak sedara, bukannyer ikhlas sgt nak menolong, membebel,mengkomplen dan
mengarah jek taunyer. Aku plak dah tak mcm pengantin. Tader keistimewaan pun sbg pengantin. Tader layanan istimewa pun.
Seme kena buat sendiri. Nasib tak g pacak sign board pun aku gak.

Masa kenduri, mmg tak enjoy pun. Nak kena jaga hati byk pihak. Nak makan pun tader selera. Nak bergambor pun dah tak
boleh nak senyum. Ermmm, penat dok jg hati org. Yerlah...org dah tolong buatkan utk kita pun dah kira baik dah. Aku ms
tu dah malas nak amik port segala komplen2 org. Aku senyap jek. Lantak ler. Janji kenduri aku settle dan aku selamat
menikah. Tu jek yg paling penting sekali. Tapi mak bapak aku tak byk ckp, org lain lak yg lelebih komplen itu ini.
Bila kenduri belah aku settle, lega lah sikit rs hati. Cuma debaran nak hadapi malam pertama jek.

Settle seme kat umah aku, pinggan mangkuk,periuk belanga dan kawah dan melawat keluarga2 yang terdekat, aku pun bertolak
ke Ampang plak hari Rabu tu.Ingat kan di rumah mak mertua, tader masalahnyer, rupernyer, tekanan lagi hebat. Seme keluarga
dia nak arrange dan kontrol, termasuk tempat tido, tempat nak make up dan masa nak bersanding serta pembahagian paper beg.
Pahtu byk plak plan yg secara tiba2 yang aku tak tau dan aku tak berkenan sgt. Terpaksa lah ikut, walaupun penat, tak cukup
rehat dan tido. Ni pun sama gak lah.Kes nak jaga hati semua pihak keluarga lah.

Aku tak tau lah plak, kes tempat make up pun boleh jadi isu besar. Klu ikut adat belah suami aku, aku kena make up dkt rumah
kenduri tu dan sambut rombongan mak bapak aku dari rumah suami aku. Pelik betoi. Terbalik ngan adat belah Phg. Belah
Phg, pengantin dtg sekali dgn rombongan keluarga belah perempuan. Dah kecoh dan bergaduh pulak kat situ. Aku pun dah berapa
kali tarik muka masam dgn suami aku. Mana taknyer, aku pun bengang kena tuduh dah lupakan mak bapak oleh bapak sedara aku yg
laser mulutnnyer tu, ayah anjang. Ade ke dia kata aku sedap sgt kawen, sampai lupa mak bapak sendiri. Bengangnyer aku. Siap
perli2 aku lagi, bangun tido awal ke lambat ke. Aku jd serba salah.Aku berada di tengah2 perselisihan adat keluarga aku dan
keluarga suami aku. Tensen giler.Satu hal lagi, Gimi lak buat hal. Hantar baju sanding aku lambat. Make up pun dtg lambat.
Kena lagi aku marah dgn mak mertua aku.

Suami aku ni pun marah2 aku gak, sbb aku suka2 hati nak make up kat umah bapak dia dan berarak seklai dgn family aku. G satu
sbb baju Gimi sampai lambat. Sampai hari bersanding, muka aku dah sebel dah. Tensen punya pasal. Gambor2 aku seme mcm nak
menangis. Sabau jek lah.Patut ler klu tengok gambor kawen org lain, klu kat umah mak mertua, selalu muka pengantin pompuan
selalunya masam jek. Byk tekanan rupernyer.Tak habis kat situ jek, lps kenduri, kena lagi berkemas2 dan melayan sedara mara.
Klu belah aku, ble ler aku ngelat2, ni kat belah mertua ni, kena ikut jek lah. Suka ke tak suka ke, menurut perintah.

Suami aku lak jenis anak baik, ikut jek kata mak dia, tak pandai melawan. Terlampau menjaga hati. Sampai aku ler merana. Yer
lah, kita ni penat n tak cukup tido. Tapi nak intertain seme. Mana nak larat. Last2nyer, lepas kenduri, aku demam, batok,
dan selsema selama 1 minggu ni, dan dikuti dgn sakit mata......penat oiiii

Hempphhh, sampai saat ni pun aku masih termanggu hakikat perkahwinan tu. Skrg byk perubahan yg berlaku pada jadual harian
hidup aku. Aku sampai tak tau apa nak buat. Aku dah tak boleh bersukan dan bersosial lebih2. Dah jd bini org. Lantaran
pada tu, aku rs dunia aku tersangat lah sunyi. Aku dah hilang ramai kawan. Aku dah rs cam jd org yg asing dlm dunia aku.
Dah lah suami tiada di sini, jumpa hari ahad sahaja....mmg sunyi dan bosan. Hidup aku jd limited....bosannnn. Cuma 1 jek
yang best kawen ni. Bila time2 romantik gitu....hehheh, tak leh citer kat sini..klu nak tau, kawen ler...

Perasaan...15 Feb 2007

Bila org tanya apa perasaan nak kawen..nak jek aku jawap...ngantukkkk, penattttt...

Mana idok nyer..sejak dr tunang hr tu aku tak cukup rehat...tido kui 1 kui 2 pagi. Tiap2 malam buat door gift lah, bunga telor la, hantaran la....penat.

Pahtu tiap2 minggu kena balik umah bakal mak mertua...sebab nak kena tolong jd tukang masak kat sana.....kat sana tiap2 minggu sibuk wat keja gotong royong utk kenduri.

Kat kolej lak...hampir setiap malam jugak ada meeting sbb byk prog yg aku jd felo penasihat ...so kena lah join meeting d'org. Sebenarnya byk prog tertunda..pahtu tut tut kena masa hr aku nak kawin lak...so aku hanya boleh menasihat sebelom depa buat jek lah prog tu. ERR..penat n pening..sbb kita nak kena pikir sekali maslaah d'org tu

Kat opis lak...pun kes tertunda..tut tut..retender dah start utk IMS...wahhh..dh ler developer masuk lewat. Kita lak kena kejar user ngan date line...waahhh..SRS jek manjang,,tak sempat nak mengulo..usah nak mengulo, meanakonda apatah lagi...

PENATTTT...ni ler dugaan nak kaweennnSad

Berbaloi...22 Jan 2007

Arghh...hr ni agak bosan, tibe2 tak byk plak keja.Takde keja langsung...ngantuk pun ada. Rs nak jek balik rumah, siapkan keja2 kawin. Boss aku lak cam kecik hati jek ngan aku...entahlah. Tak reti nak tafsir hati oranggg, ngantukkk..

Jumaat lepas, aku tibe terpaksa drive ke KL sorg2, mlm2 dan hujan2 bute. Shahril le, memula x jd g kuantan, kenduri sedara dia sabtu tu.Tiba2 jd plak. Buat keja gila toi, bahaya drive sorg2 mlm2 tu. Dia lak dr Lumut ke KL naik bas. Keta JEH rosak. Sampai KL lambat lak, kui 12.45 mlm. Aku kena lak amik dia kat Pudu kui 1 pagi.Dah ler tak tau jalan...belasahh aja, tapi ok ler, pasal lepas tu aku jd tau..hehehhe

So Sabtu tu kami g kenduri sedara dia kat Kuantan dgn parents n Uwan dia sekali. Promote diri ler kat kenduri tu, kiranya kami ialah next pengantin selepas tu. Kad kawin pun dh siap, so mengedar lah utk sedara2 kat sana.Rs cam tak caya jek.....kami mengedarkan kad kawin kami...

Pahtu hari ahad, pagi lepak kat umah dia. First time cam husband n wife. Kejut dia bgn tido. Sempat usik2 dia kat tempat tido, sbb ssh sgt nak bgn, aku tarik hidung dia, letak ateh (kucing) atas badan dia, tarik selimut dia, susah toi nak bgn. Tp memori tu so sweet. Akan aku simpan dlm ingatan selama-lamanya......Jgn salah anggap yer, kami masak sama2 makan tengahari. Dia beli lauk mentah, then aku masak. Tapi bagus nyer dia tolong aku masak, untung aku dpt bakal suami cam ni. Kdg2 aku rs cam dia terlalu manjakan aku. Kdg2 cam terlalu menyuruh aku berdikari sendiri pun ada. Balance la. Dah le spjg g kenduri tu kami terpaksa melayan Haris dgn Dek Nor, cam layan anak2 lah.Hehehe..praktis.

Pahtu masa nak berpisah balik tu, aku nangis. Sedih nak berpisah dgn dia.....Uwwaaa. Tp tu lah...ssh payah nak jumpa dia, tapi berbaloi..

Tak Indah....16 Jan 2007

Uwwaaaaa, semakin nak kawin, rase cam semakin tak indah perasaan ni. Macam-macam dalam kepala aku. Seme aku nak pikir. Pahtu aku sedang mengalami konflik diri. Betul ke aku ni jenis orang yang suka buat assumption? Kenapa aku suka ikut naluri jek, tak suka bincang dengan orang. Tak nak berbincang. Teruknyer aku. Kenapa aku macam tu? Macam mana aku nak elak dari jd mcm tu? Uwwaaa, aku tak tau. Aku bukan sengaja. Dah mmg diri aku camtu. Pahtu aku tak suka menyusahakn org. Aku tak boleh klu org lain susah kerana aku. Aku suka buat cara aku tanpa menyusahkan org lain. Aku suka setelkan hal sendiri sorg2. Tapi macam mana, ni soal berkongsi segalanya. Aku tak boleh pikir sorg2 lagi. Tapi mcm mana aku nak ubah? Sedangkan aku mmg dah mcm ni sejak 26 tahun yg dulu lagi.

Aku cam dah malas nak berkomunikasi dengan manusia. Aku takut aku buat silap. Menyinggung hati org. Walaupun aku tak setuju dgn cara org, aku tak tau nak buat apa. Mengikut, melawan atau buat tak tau.

Aku dah malas nak contact tunang aku, sebab aku takut bergaduh. Tp ada byk menda yg aku tak puas hatu dgn tunang aku.Tapi aku tak boleh nak suarakan. Arghhhhhh!!!!

Masalah aku sekang, masalah kat tempat keja. Dah makin byk keja. Projek tender baru dah nak start. Pahtu tetibe byk lak keja2 berbentuk ad hoc yg dtg. Pahtu kat kolej plak, byk aktiviti student yg aku nak kena pantau. Student plak cam ada konflik dgn staff pej Kolej. Aku gak yg tersepit kat tengah2. Dah lah dpt AJK bluer2 tader exsperience wat koje.Aku pun bluer gak. Habiss...Pahtu soal persiapan kawin, byk decision aku yg salah di mata tunang aku dan keluarga dia. Last2 aku decide nak cool down. Malas nak pikr sgt. Buat ala kadar jek. Aku dah bosan.

Masalah sakit hati dengan kawan sepejabat pun aku malas dah nak pikir, buat bodoh jek lah. Lantak korg lah. Kdg2 tu aku rase mcm hidup tader perasaan jek. Pahtu aku cepat sgt nak naik angin sekang nih. Tapi akan salahkan diri sendiri. Tah apa2 kan. Kesimpulan nyer..aku dah lost diri aku yg sebenranya...Uwwwaaaaaa..aku rase aku dah kurus sbb makan hati...lantak lah...biar..biarkan...

Berlagak Betoi...18 Dec 2006

Minggu lepas...cam siot jek, aku bengang ngan sorg staff ni, berlagak nak mampos, padahal jawatan sama taraf jek ngan aku, unit jek lain2 jek...

Hemphh..mcm ler dia sorg jek yg terer, mcm lah dia sorg jek yg sibuk, mcm dia sorg jek org harapan boss...tau ler kesukaan boss..tapi tak payah ler berlagak....org lain pun sibuk gak, org lain pun terer gak..cuma tak rapat ngan boss jek..maybe tak pandai kipas kot....

Dia tak hingat jawatan sama jek kawan, klu ilmu ko lebih sket pun, patut share bukan digunakan utk berlagak...

Yang aku bengang nyer, sbb ada ke patut, aku tolong sampaikan msg kat unit dia dpd user, pahtu dia kata aku tak tepon, tak tinggai pesan n pesan kat YM tak bubuh nama....apa, dia ingat dia besor sgt ke nak kena berlembut2 sebut nama sorg2....

pandai ngutuk org lain rude dgn user, dia yg kurang ajar tak der budi bahasa, tak sedor diri...dia ingat dia per....hemphhh...benci,benci,benci

Nape dia suka amik yg aku punya ha???...7 Dec 2006

Bencinyer...kenapa, kenapa, kenapa...realiti atau perasaan aku jek, nape dia suka nak apa yg aku ada. Nape dia amik kawan2 baik aku, nape klu org suka kat aku, dia cam dengki...apa salah aku?..Aku tak kaco pun hidup dia....

Aku tak suka, nape asyik aku jek yg kena low profil dan mengalah...kenapa aku tak boleh rapat dengan sapa2....kenapa, kenapa ...kenapa...tensennyerrrrrr

Al Kisahnyer...20 Nov 2006

Resah tak klu nak pegi makan tapi tader geng....geram gak kan, perut lapar, tapi tader sapa nak g teman makan...tensen jek...kawan2 seme sibuk dgn hal memasing..Masa time depa nak g makan, ajk ler kita atau pun depa g ngan geng2 depa...bila time depa tader geng pun kita lah gak yg pegi temankan. Tapi bila kita yg nak g makan..seme wat dono jek. Kdg2 yg selfish pun ada. Tak nak makan sbb ada hal, lagi bengang lagi ada plak yg kita ajak dia, dia x mo pegi, tapi pesan plak ngan kita srh beli kan makanan..wahhh..hangin nyer..

Ermm...sekang ni ramai plak staff baru ICT yg muda2 baru masuk keja. So staff yg lama2 tu yg dulu perasan muda dan berperangai cam budak2..sekang ni dah tak leh ler nak perasan depa muda lagi. Sbb dah ada yg lagi muda dr depa...so yg staff lama yg perasan muda lagi tu...jgn nak ngada2 dah sekang ni....aku pun sama ler..terasa cam tuanyer. Tengok d'org ni yg baru masuk ni, teringat plak masa zaman kerja kat kausar dulu..masa tu perangai cam budak2 jek...yer lah...baru umur 22 tahun. Kawan ngan geng muda2 jek, shahril, syed, salana, suhaila, syuhairah, g dan rahman.....sekang ni cam tak sangka jek dah tua...dah nak masuk 27 tahun dah....hehhehehhehe...

Jgn Kaco Idop Org....16 Nov 2006

Aku menulis lagi buat sekelian kalinyer...kdg2 aku rase diri aku ni useless...kdg2 penuh keyakinan.....namun aku tetap sedar diriku tidak akan sempurna....

Aku ni selalu takot, tingkah laku aku, bahasa aku, penampilan aku, cara ku, pengaruh ku menyinggung hati dan perasaan org lain.....

Aku takot pergaduhan..kerna aku suka kedamaian. Aku lebih rela mengalah dan berlembut dlm segala hal...demi sebuah kedamaian...walaupun hati ku sendiri sakit dgn kekalahan itu...aku rela..biarlah hati ku yg sakit, tapi bukan hati org lain.....biarlah aku berundur diri...

Biarlah ada manusia yg busuk hati terus iri dan iri hati....ku tak paham..kenapa ada manusia2 begini. Aku paling takot jika diriku sendiri terkena penyakit busuk hati tu...sbb ia bagaikan kanser yg akan merebak hari demi hari...dan jika ia dihapuskan pun ia tetap akan berakar umbi kembali....

Ya Allah, selamatkan diri ku dari hasad dengki manusia2 yg pengdengki.....Aminnnnnn

Oi...cek labah-labah..kuar lah dr keta aku...13 Nov 2006

Smlm aku g umah terbuka murni...sbnrnya aku ada share..rumah terbuka aku gak...tapi aku join duit jek, masak2 aku malas.

So aku lepak umah murni dr kui 12 tghr sampai kui 4 ptg aku plan nak balik...pahtu tut,tut..aku bukak pintu keta ada cek labah2 ler plak kat lantai belakang keta aku...beso lak tu...uwwaaa..aku panik, terus tutup balik pintu keta tu.

Aku ingat nak panggil org lah tolong halaukan. Pahtu bila aku bukak balik pintu, aku tengok dia dah tader kat situ, aku ingat imaginasi jek, then aku nak masuk ler keta. Once aku tarik jek kerusi keta kedepan..alamak ai..dia keluar lagi kat celah2 hand break tu..aku apa lagi, terkezut beruk, terus kuar dr keta. Pahtu aku pun panggil budak laki nak soh tolong kuarkan labah2 tu. Dia lari ler pulak cek labah2 tu masuk bawah dash board. Uwwaaa...aku takot, geli semer ada. Menggeletar dah kepala lutut aku.

Pahtu ramai gak lah bebudak laki kat opem House Murni tu tolong tengokkan, bukak pintu ler, bukak enjin ler, bukak air cond lah, tapi tak kuar2 gak labah-labah tu, sampai d'org seme dh give up. Last sekali depa sembur dgn baygond, pun tak kuar. Cemana, depa dah nak balik umah masing2, aku fobia lagi nak masuk keta....Uwwaaa.

Last2 aku bwk gak keta tu balik ngan perasaan fobia. Jap2 tengok kaki. Terasa cam dia merayap2 jek kat kaki aku. Sampai jek kolej, sekali lagi aku bukak semer pintu, pasang aircond kuat2. Tak kuar gak dia. Pahtu aku sembur lagi ngan penyembur nyamuk tu.

Pg td, sebelom g keja, aku check lagi dlm keta kot dia dah terbungkam ke, tader lah gak. Riso aku nak bwk keta g opis ni. Aku bwk keta sambil mengjengkek kan kaki...gelii...

Tghr td aku bwk keta tu kuar g pekan, masa balik tu aku terperasan ada tali labah2 tu kat stereng keta aku, baru aku teringat, masa raya tu, aku jumpa shahril, kami perasan ada tali labah2 tu kat stereg. Maknanya labah2 tu mmg dah lama dok dlm keta aku lah kan. Uwwaaaa. Jgn dah beranak pinak plk dlm desh boarh aku jek dah ler...cemana dia boleh masuk dlm keta aku yerk...bila dia masuk...

Camne nak bagi dia mati atau lari yer dr keta aku. Aku siap surf lagi kat internet cemana nak bunuh atau halau labah2 tu.....Uwwaaaaaaaaaaa

raya..syahdunyer...20 Oktober

Smlm aku baru balik dr raya di kampung,,,cuti...start sabtu sampai sabtu lagi sekali...8 hari lah aku kat kg....tah napa, raya tahun ni rase sayu sgt biler dengar takbir raya tu...bila tengok mak ayah dah tua..rase hiba jek.., sampai bila kah lagi aku bleh sambut raya ngan depa. Cedihnyer....tengok Engku dah sakit2, mak dah tak larat....terasa terharu jugak bila tengok kemesraan adik beradik aku yg ramai tu...mcm2 kerenah yg ada...tapi raya ni, aku tak rase sakit hati sgt dah dgn perangai adik2 aku...mcm depa dah ada kesedaran sket dah, ada perubahan sket. Hemmphhh...sayang nyer nak tinggal kg, balik bekerja. Sayang nak tinggal kemesraan tu.

Hemphhh, tu citer raya...lately ni aku cam kelam kabut sket..byk menda nak pikir, maklum lah...tak lama lagi aku dah nak jd bini org, ni lah puasa last dan raya last aku sambut secara bujang. Rase nyesal gak,,sbb bln poser tak sempat nak habiskan teraweh....nyesal2, nnt dah kawen, lagi ler tak boleh nak g teraweh...mesti kena jaga anak kat umah...cedihnyer,....pahtu biler raya..mesti kena balik umah mak mertua....uuwwaaaa, tak best....

Sutera orange aku, mengalami kemalangan lagi smlm. Bodoh betoi aku. Aku biler sedih ke, marah ke, geram ke...mesti eksiden bila bwk keta. Uwwaaaaaa....abih skirting keta tu dah jatuh..aku terlanggar bumper tepi jln...punya lah bwk balik kg, masuk kuar highway, bwk g beraya,,,elok jek..alih2 bwk balik kolej..langgar bumper dlm kolej plak...ayo..tensennyer..rase bersalah kat shahril....keta tu dia beli ngan duit bonus dia....haaaa, bodohnyer aku...

Dik..tolong lah mengerti...9 Oktober 2006

Assalamualaikum adik-adik ku semua,

Jangan terkejut plak bila dapat surat ni. Bukan nak berdrama atau buat slot samarenda. Tapi nak nyatakan di sini, inilah reality hidup keluarga kita sekarang.

Sebenarnya saya ni sebagai seorang kakak, sgt kecewa dengan perangai adik-adik yg macam ni. Bukan saya kata korang tu jahat sangat. Tapi yer lah, perangai yang saya tak suka tu, cuba baca kat bawah ni, nak tau betul ke tak.

Kurang ajar bila bercakap dengan kakak-kakak, menggunakan bahasa kasar. Bila kakak bagi nasihat, melawan, tak nak dengar, jawap dengan bahasa kasar. Dengan mak ngan engku pun korang cakap kasar. Tapi bila kami yg keluar bahasa kasar, pandai pulak korang terasa yer.

Selalu mintak duit dengan emak, engku dan kakak-kakak. Tak pandai nak berjimat. Saya rase masa saya belajar dulu tader pun mintak duit ngan mak sampai 1 minggu sekali RM100. Saya pun belajar kat Universiti gak dulu. Sebulan kak long bagi RM50 jek. Cukup pulak. Bila dapat PTPTN, langsung tak mintak dah ngan mak, engku atau kak long. Memanglah itu dulu, sekrg harga barang seme dah naik, tapi saya rase klu pandai jimat rm100 atau rm150 sebulan tu dah cukup, org bagi sekali, bolah tahan lama. Ni x sampai 1 minggu dah mintak lagi, ingat k'torg cop duit ke hapa? Kan korg dah ada elaun dgn pinjaman, takkan tak cukup2 jugak. Kesian lah kat emak dengan engku, d'org kena tanggung ayah we lagi kat Kg Lebak. Mana mak ngan Engku nak korek duit, korang tak pikir ke?

Mengungkit, kakak-kakak tak nak tolong adik. Tak nak bagi duit, tak nak bagi handphone. Tak bagi perhatian kat adik-adik. Korang tau tak, kakak tu sendiri pun x cukup duit nak biaya hidup dia, cemana nak timbun duit kat korang. Handphone pakai handphone murah, cemana nak bagi korg handphone??? Topup phone pun berjimat sebulan RM50, cemana nak top up kan korg??....korang asyik tanya apa sumbangan kakak-kakak pada korg. Tapi apa pulak sumbangan korang dekat kami yg kerja siang malam ni semata-mata nak tolong korang dgn mak dan engku. Korg pun bukan tak pernah kerja. Bukan tak tau susahnya kerja nak carik duit. Tapi korang tak paham, cuba tanya diri sendiri, sbg adik, apa yg korang kena buat utk seorang kakak. Main kakak-kakak angkat tu pandai pulak. Angkat lah kakak org tu, kakak sendiri, tak pandai pulak nak jaga hati.

Kami faham naluri korang nak hidup cam org lain, cam kawan2 korang, hidup mewah, nak duit dapat, nak handphone mahal dapat, nak kasut mahal dapat, tapi kita ni org susah dik oi. Kita tak mampu nak dapat semua menda tu. Duit kita, kita boleh guna untuk menda yang penting jek. Untuk makan, untuk belanja belajar, bayar yuran, beli buku, beli alat2 nak belajar. Bukan habis dengan beli handphone mahal, beli top up, lepas tu bergayut dengan makwe, dengan pakwe. Itu klu korang nak, tunggu esok dah kerja, ha, guna lah duit tu utk buat apa yg korang nak, selagi tak melanggar hukum agama, dan undang-undang Negara. Tader nyer kami kakak-kakak ni nak mintak duit korang tu. Duit yang kami keluarkan utk korg ni pun kami bagi ikhlas sbb nak tolong adik2. Tapi berpada2 lah duit tu, utk guna utk menda penting, takkan kami nak bagi seme kat deme. Abih kami ni tak yah kawin, tak yah nak beli keta, tak yah nak beli umah. Patutnyer duit tu duit kami, kami penat2 carik, buat apa bagi kat korang. Korang ni x pandai bersyukur dengan apa yg kami dah bagi. Usahkan nak ucap terima kasih, lagi kutuk kami ada, sbb bagi duit tak cukup lah, nak bagi duit marah2 lah. Abih, kami marah lah klu kami kerja teruk2, korang sedap2 jek ngabihkan duit tu. Kalau nak sgt bermewah, pergilah carik kerja sambilan. Cam saya dulu, time cuti semester, saya kerja kat kedai bunga, cari duit yuran, tak payah nak susahkan org lain.

Kami tak bagi duit, korang mintak dengan mak ngan engku. Orang tua tu tader duit, sanggup g kerja jaga, menoreh getah, masuk ladang, kena gigit pacat,gigit nyamuk. Korang tak kesian ke kat mak ngan engku. Diorang tu dah tua. Dah patutnyer berehat kat umah jek. Tak payah nak pegi bekerja lagi. Anak jenis apa korang ni, suka menyusahkan mak bapak. Korang ingat mak ngan engku tu hidup menongkat langit. Hidup jek, tak mati2, camtu. Esok mak ngan engku dah tader sok, barulah korang tau susah senang nyer hidup ni. Barulah korang tau, pentingnyer adik beradik untuk mintak tolong. Korang ingat korang hidup sentiasa senang ke? Ada masanya esok Tuhan turun bala kat korang. Masa tu, dengan sapa korang nak mintak tolong? Bukan dengan adik beradik? Dengan bini...gaduh2 boleh bercerai, ngan adik beradik, gaduh2 putus ke hubungan adik beradik tu?

Korang tengok nasib kak long. Maybe korang salahkan dia sbb dia dapat laki macam tu. Tapi korang kena ingat takdir Tuhan. Allah dah takdirkan dia dapat jodoh macam tu. Bila dia dah susah, kita kena tolong dia, kalau asyik nak salahkan dia, sbb menda yang dah lepas, sampai bila pun masalah takkan selesai. Takkan nak suruh dia bercerai ngan suami dia plak kan. Korang kena ingat, kak long tu banyak berkorban untuk adik-adik dia. Masa dia belajar kat sekolah teknik, tingkatan 4 & 5, dia dapat biasiswa, tau tak duit biasiswa dia tu dia boleh bagi mak ngan engku untuk bantu mak ngan engku, masa tu tengah susah. Korang masa tu kecik2 lagi.Mungkin tak ingat, saya ngan ina selalu makan nasi tak berlauk, sbb mak ngan engku tak leh menoreh getah sebab hujan. Keluarga kita susah sgt masa tu. Masa dia belajor kat Universiti, duit pinjaman dia pun dia bagi mak ngan engku. Masa nak raya, dia yang beli langsir rumah, buat kuih raye, beli baju raya korang guna duit pinjaman belajor dia. Korang tak tau.

Masa kak Ngah nak kerja kat KL, mula2 tumpang rumah dia, sbb belom ada rumah sewa. Ina pun camtu jugak, lama duduk rumah dia menumpang bila nak mulakan hidup kat KL. Pahtu saya g belajar kat Tererngganu, guna duit dia utk bayar yuran mula-mula dengan beli barang keperluan. Tau tak, duit poket saya mula2 waktu kak long hantar kat terengganu, RM50 jek. Amin, masa nak masuk kolej swasta kat gombak tu, UNIKOP tu, kak long korek semer duit simpanan dia untuk bayar yuran amin dan beli barang keperluan, lepas tu, apa amin buat, belajor tak lulus, rugi duit kak long. Padahal masa tu dia dah ada 2 orang anak untuk dia tanggung. Mirul ngan Nabil. Mail, nak pergi Perlis, siapa yang hantar? Siapa yang kutip dia merempat kat bentong tu keja cuci escalator tu, bwk balik, bagi duit suruh pegi belajor? Kak long jugak. Mmg ler lepas tu dia bayar balik pki duit PTPTN, tapi klu kak long tak pegi carik dia kat bentong, apa dia jd sekang? Tader pelajaran, merempat jual satey kat bentong. Ali, nak kerja kat KL, sapa yang bagi tumpang rumah dan tolong carikan kerja? Kak long jugak. Mamat, kak long ada jugak tolong carikan borang untuk dia pergi belajar. Kidah, siapa yang manjakan dia masa dia kecik2 dulu? Kak Long jugak. Baju raya, yang spesel mesti dia belikan untuk kidah. Belikan itu ini untuk dia. Korang tak nampak semua pengorbanan kak long. Korang tak ingat apa yang dia dah buat untuk kita sekeluarga. Rumah, byk gak duit dia kasi untuk bantu engku siapkan rumah. Setiap kali dia balik kampung dulu, tak pernah peti ais kita kosong, mesti penuh setiap kali dia balik. Macam2 dia beli untuk adik-adik dia. Malam raya, dia tak tido, jahit baju adik-adik, masak kuih raya untuk adik-adik. Korang tak ingat. Sekarang, masa dia susah cam ni, korang kurang ajar dengan dia. Tak patut korang buat camtu. Macam anggap dia beban kat umah mak sekarang ni, tak baik lah, tuhan tengah nak uji dia dengan kesusahan, kita sebagai adik beradik patut tolong dia. Dia tak sambung belajar amik Ijazah pun sebab nak kerja, sebab nak tolong engku cari duit untuk tanggung adik2. Banyak dia korbankan apa yang dia nak buat, utk kita semua, tolong ingat sket yer. Jangan jadi manusia tak sedar diri, yang tak pandai nak berterima kasih atas pengorbanan org lain.

Mak ngan engku memang tak paham, dorg org tua. Memang mulut d'org akan bising bila menda2 camni berlaku. Sebab diorg tak boleh berfikir dengan lebih panjang dan terbuka. Yang pertama, dorg akan membebel dulu, tak cuba memahami masalah anak-anak. Tolong lah, korang dah besar, patut dah boleh berfikir, yang mana baik dan buruk.

Korang dah lah malas buat amal ibadat, tak sembahyang, tak mengaji, korang ingat korang sentiasa kanak-kanak ke? Bercinta pandai, nak cari makwe, pakwe, esok kalau korang dah kawin, beranak pinak esok, sapa yang ajar anak korang sembayang dan mengaji, cuba bagi jawapan sket. Buat anak jek tau nyer tu esok. Percaya lah, klu sekarang korang kurang ajar, dengan org tua, nescaya esok tuhan akan balas dengan anak-anak korang akan buat menda yang sama dengan apa yang korang buat pada kami. Ingat sikit, langit tak selalu cerah, hidup tak selalu indah.

Saya, ina ngan kak long sebelom ni, keja siang malam, sbb nak bagi korang rase kesenangan. Jangan korang makan tak cukup, tido atas lantai, raya tader makanan sedap, rumah tader tv, rumah tader kipas, tader sofa untuk landing, rumah kecik, tak boleh nak pegi belajar sbb tader duit, kami buat semer tu utk korang, ikhlas untuk korang. Kami tak nak korang susah macam kami rase masa kecik2 dulu. Tapi korang dah melampau sangat, tak bersyukur dengan apa yang kami bagi, siap kurang ajar lagi bila bercakap dengan kami, rase dah boleh hidup sendiri tak payah dengor nasihat kami, pegi lah, pegi. Ni bila kami buat tak tau pasal korang, tak bagi duit, tau plak bising. Bukan kami jugak yg korang cari? Kak ngah? Apa yang kak Ngah boleh buat utk korg? Cuba korang pikir sendiri.

Tolong lah bersyukur yer. Tak payah lah nak pikir seronok jek idup. Belom sampai masanya lagi. Kalau org susah, buat cara org susah. Esok korang dah berjaya, ada duit sendiri, buat lah apa korang nak buat. Masa belajor ni, belajor pandai2, supaya berjaya dlm hidup. Kami suruh g belajor tu utk kebaikan korg, bukan utk kami yer. Klu korg berjaya esok, kami senang hati. Bukan kami nak duit korang bila korang dah kaya esok. Tak payah nak bercinta2. Belom masanya lagi. Tolong jimat duit, tolong jgn bazir duit beli topup utk bergayut dgn awek. Tolong lah....kita ni org susah. Tolong sedor diri sikit...

Kalau kami tak sayangkan korang dah lama kami bunuh masa kecik2 dulu, tak payah nak bazir2 duit kami nak tolong korang itu ini, baik duit tu kami guna untuk diri sendiri. Tolonglah selamatkan keharmonian keluarga kita yang semakin berpecah belah nih.....

Tolong jgn bagitau surat ni kak mak dan engku....anggap ni di antara kita adik beradik...jgn libatkan mak dan engku....kesian diorg. Diorg dah bertahun2 susah hati pikir pasal anak2. Ni lah masa korang nak gembira kan hati mak ngan engku. Tolong hidup tu jgn menyusahkan org lain.......klu boleh lah...klu dah tak boleh sgt, barulah mintak tolong dgn adik beradik. Ingat lah kita ni adek beradik, samp akhirat pun kita tetap adik beradik....Terpulanglahj klu korg

lebih pecaya dan sayang org luar....tapi pikir lah sayang org luar sampai bila, suatu hari org akan berubah..tapi sayang adik beradik..tetap kekal sampai ke akhirat...