Think Of Yourself

When u think of yourself...don't think you're perfect
Just think that you will never perfect but always want to get ur'self perfect...




Sunday, January 16, 2011

Main bowling....

Main bowling....

Hari sabtu (15.1.2011)...husband ajak g main bowling kat Mines...

First time sejak kami kawen...nak masuk 4 thn kawen...baru merasa nak main bowling sama2...

Sonok sgt....main 2 game...hubby mmg ler terrer...markah 100 ++....aku yg kecepir masuk longkang...tangan tak bedung...hihihihih...
markah pun jauh beza...paling tinggi 46 jek...kuang kuang kuanggggg....

Pahtu anak2 pulak boleh dok diam jek...belikan d'org nuget dgn air milo...diam lah..mknnnn....pahtu d'org ingat mama dgn ayahnya tengah buat keja rumah kot,
tu yang d'org tak kacauuu

Nak habis game kedua...makanan dah habis...d'org pun mula bosan...si Adib dah sibok nak pegi tepi lane bowling tu...nak membaling bola bowling sama2...

Lepas main 2 game rasa tak puas pulak....mcm gian....maybe tahun 2011 ni boleh jadikan permainan ini sebagai hobi kami sekeluarga....nice, sweet,memoriesss

Sunday, January 9, 2011

Fly Me To The Moon....

Fly Me To The Moon

Fly me to the moon
Let me sing among those stars
Let me see what spring is like
On jupiter and mars

In other words, hold my hand
In other words, baby kiss me

Fill my heart with song
Let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore

In other words, please be true
In other words, I love you


Hati terusik sungguh dengan bait2 lirik ni.......romantikkk...

Lagu ni aku jumpa masa tengok citer Korea He's Beautiful...aku suka sgt citer tu..kelako, romantikkkk...sweet.....bila tengok citer2 romantik camni....aku aplikasi kan pada hubungan aku dan hubby......alhamdullillaahhhhhh hubungan akan menjadi lebih erat.....takmo dah gaduh2...

Hari ni dah hari ke 10 thn 2011, iaitu 10 Jan 2011......tah ler awal 2011 ni asyik tensen jek..kerja byk....sbnrnya start dr bulan 12 2010 lagi..membawak ke 2011....tah lah...semoga Tuhan cekalkan hati ku utk menghadapi hr2 yg mendatanggg....

Tapi at least sekang aku suka balik rumah....sbb kedamaian ada di rumah kami.....walaupun anak2 pun cukup memeningkan...tapi itu kekadang buat aku terhibur...rumah dah cantik...complete.....aku dah dapat my dream house...walau tak seberapa sempurna....tapi Alhamdullillaaahhhh aku bersyukur sgt ..........home sweet homeeeee...

Tuesday, November 2, 2010

Hati Kering

Hari Sabtu hari tu aku ada tengok slot Cerekarama yang bertajuk Aku Ingin Ke Syurga.....cerita nya mengisahkan betapa jahatnya seorang hamba Allah ni...dia lah penyangak, mengedar dadah, along, bapak ayam, kaki pukul, derhaka kat mak...seme2 lah....

Pahtu dia kena belasah satu hari dengan mangsa2 dia yg nak balas dendam...terus dia terlantar sakit dan kena sakit aids.....mak dia yg pernah dia pukul sampai terhantuk dekat paku dekat tangga rumah tu lah yg jaga dia.

Dia insaf dan bertaubat....msg cerita ni....mak dia sanggup maafkan dia walaupun dia jahat sgt....maknanya jgn lah kita jugde org berdasarkan perbuatan dia.Hanya Allah yang layak berbuat demikian.....jugde lah diri sendiri betoi ke salah.....

Jadi aku pun takmo dah judge org dgn negative thinking...maybe aku yg kena berhati kering skrg ni...telan jek lah apa yg ada...dgn penuh sabar dan ikhlas....sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Berkuasa..............

Wednesday, October 27, 2010

Denai...

Yeayyy....aku berjaya mentransfer kan blog aku daripada blogdrive ke blogspot....dan hoyeaaa sbb aku rs dah nak mula menulis balik.....tapi aku tengah fikir...adakah aku perlu share blog baru aku ini dgn kengkawan....atau biarlah rahsia......huhu...masalah aku dah tak der siapa di dunia ni yang aku percaya 100%.....tah lahhh..........hemphhhhhh

Aku menulis lagi tentang kehidupan aku yang dah masuk 30 thn...mcm tak percaya jek..dan mmg ramai org kata muka aku tak macam umur 30 thn punnn...

Kini aku dah berjaya bekerja kat KL, seperti yang husbandku mahukan....aku sekarang bekerja di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Sebuah Universiti yang mengeluarkan siswazah askar...pegawai tentera lah nama yang lebih sedap.
Memang jauh berbeza UPNM dengan UPSI, dr segi orgnya, suasananya, kerjanya, programming languagenya...semua lah.

Dr segi suasana kerja, aku lagi suka kerja kat UPSI...sbb tak huru hara, teratur dan ada org atasan yg lebih tua sket.
Tapi segi kawan2 pejabat aku suka org2 kat sini kot...sbb d'org lebih open sikit pemikirannya....ni klu org UPSI baca, leh kecik hati nih....(bukan semua org upsi)

Errmmmm......idop aku ni dah byk yg aku lalui....hr tu balik kg aku jumpa org kawan baik aku masa aku sekolah2 dulu. Kalau aku nak ckp nasib aku teruk, teruk lg nasib
d'org kot. Yang seorang tu baru jek bercerai, kena pukul dengan laki dia, barang-barang kemas kena amik dgn laki dia..ishh...dah menjanda anak sorg...
Yang sorg lagi plak, baru kawen, tapi kawen senyap2....nikah jek.Dah lah umur 29 thn kot bari kawen, dah lah dgn lelaki yg dia tak expect pun jadi husband dia.
Duduk lak jauh dari husband n anak....husband n anak dia duk Jenderak Utara, dia pulak duduk kat Lipis sbb kena tukar mengajar kat sapa. Tapi dia bahagia kot.
Cuma cara dia nak kecapi kebahagiaan tu mcm payah jek jalannya....

Aku, masih seperti dulu....sensitip n suka jaga hati org....selalu terasa sendiri...adakah aku ini negative personnn....kadang2 aku pun selalu terkeliru...
Kadang aku rasa seme org jahat....tapi adakah sbb mmg org jahat ke atau aku yg terlalu sensitive dan lurus bendul dan takot nak fight utk hati sendiri...

Hemmpphhh....ntah lahhhh

Aku tak suka perasaan ni......bila perasaan ni dtg mulalah aku fikir mcm nak balik keja kat UPSI semula jek. Tempat yg selesa buat aku. Tempat yg ada kawan2
yang memahami akuuuuuu.....

Hati aku masih tertinggal di UPSI.....

Thursday, October 21, 2010

SaKIT Mata, H1N1, Chicken Pox...9 Ogos 2009




Macam anak ina, anak aku pun dpt penyakit yg sama sbb letak dekat nursery yg sama...2 miinggu kot sebelom cuti H1N1 pada 30hb Ogos 2009 hr tu anak aku kena sakit mata. Dua2 si Aina dengan si Adib. Aduhhh...nasib baik tak teruk sgt

Pahtu jangkit lak dgn aku. Aku sambung cuti...dah EL jaga anak...aku sekali kena pulak. Nasib kena hari jumaat...so aku EL Jumaat, n sambung cuti hari ahad. Aku kena teruk gak, siap bengkak n merah lagi..sampai tak leh nak pakai cermin mata. Meraba lah aku kerabunan. Doktor pulak takmo bg mc, pasal aku pegi klinik hari sabtu...dia kata hari sinin maybe dah baik, so dia takyah bg mc. Hari Isnin tu mata aku masih merah lagi...tapi aku malas dah nak pi klinik tu byk kali nak amik mc gak...aku g jek lah opis. Doktor cakap, jangkitan bukan sbb kita tengok mata org yg sakit mata...tu mitos semata. Dia ckp akan berjangkit bila cecair mata yg sakit tu kena tangan kita, dan kita pun pegang mata kita pulak. So aku tak risau lah nak g opis dgn mata merah dgn syarat aku jgn sentuh org lah.

Habis sakit mata, demam, batuk selsema pulak.Aku dah tak larat nak EL...hantar jek lah anak2 aku g nursery..walaupun kesian dia dok merengek taknak berenggang dgn kita....pahtu tut tut cuti HIN1 pulak. UPSI tutup seminggu.

Cuti H1N1 seminggu aku balik lah ampang. Husband aku keja walaupun aku cuti, tapi takper lah dia g keja dr ampang, opis dia kat sg buloh tu. Dok ampang, baik ler sikit demam,batuk n selsema anak2 aku. Aku balik Tjg Malim semula pada 4hb iaitu hari Selasa. Ada sehari g cuti H1N1 nak habis. Aku pun hantar lah anak ke nursery pasal aku nak kena g buat urusan bank.

Hantar sehari jek kat nursery..balik2 rumah dah kena chicken pox pulak si aina...kesian betul dia. Nasin Adib tak kena.Aku pun EL lagi lah ni dpd hari Jumaat minggu lepas samp hari ni hari Isnin. Tu tah samp bila plak aku nak kena EL ni. Tak leh hantar depa g nursery, nnt kang jangkit dgn bebudak lain plak. Doktor kata penyakit ni, lepas 3 hari baru dia akan mengjangkiti org lain. Tu yg aku dok terfikir mesti ada mak bapak yg hantar jugak anak dia yg dah kena penyakit ni ke nursery walaupun dah 3 hari anak dia kena. Tu yang berjangkit tu. Tu d'org ni kan mementingkan diri sendiri jek. EL jek lah mcm aku ni. Takpun hantar ler anak tu balik kg ke...tumpang rumah jiran ke, atau apa2 aja lah, janji jgn ler hantar kat nursery..kesian berjangkit kat budak lain. Klu budak jek takper..kang dah jangkit dgn mak bapak sekali...bukan ke lama nak kena cuti tu.

Dah ler klu cuti jaga anak sakit tak leh dpt mc, kena EL. Bila EL rekod kita buruk pulak. Pahtu sambung plak dgn cuti sakit kita lak jangkit. Bp lama nak cuti tu? Keja melambak kat opis. Nak salahkan sapa ni?

Nasib chicken pox ni aku dgn husband aku dah penah kena. Jadi risiko nak jangkit tu payah sikit. Aku husband aku cuti dia dah tader lak tu, nak tak nak aku ler kena jaga anak2 yg sakit ni....nak bergilir dgn dia pun tak leh...huhu

Ingat berpantang tu Honeymoon ke?...5 Jul 2009

Masa aku cuti berpantang selama 60 hari, mesti ramai ingat cuti berpantang tu best kan. Boleh berehat2 selama 60 hari, sambil gaji kita masuk.

Sebenarnya nampak jek macam best. Klu aku berpantang, aku tak tau lah org lain kan, kena ikut rule mak aku.

1) Kena bertungku dua kali sehari, pg sekali, ptg sekali. Biasa aku bertungku dalam pukul 9 utk sesi pg dan pukul 5.30 ptg utk sesi ptg. Tungku tu dah ler panas giler. Naik melecur tangan dan perut aku.

2) Aku kena pakai barut/bengkung. Tak boleh bukak bengkung tu kecuali utk mandi shj. Dengan panas, rimas, berpeluh, gatal dan susah nak bergerak sbb sebahagian peha pun ditutupi dgn bengkung.

Gi satu susah nak bergerak jugak masa minggu pertama sbb luka masih segar lagi. So rasa pedih tu masih ada. Tambahan lagi klu kena sakit rengat. Tu klu darah kotor byk sgt dlm perut. Dia belum habis kuar lagi. Bila dia merengat tu, rasa mcm nak terberanak lagi sekali jek. Sakit oiiii. Nak mebuang air besar pun rs ngeri.

3)Mandi boleh sekali sehari sahaja. Dah siap bertungku, mandi dan pakai barut, baru boleh makan dan minum. Kdg2 kering tekak aku, sbb pukul 12 tghr baru aku boleh breakfast. Sbb selain uruskan diri aku pagi tu, aku kena uruskan anak2 sekali. Maksudnya kena mandikan dan tidorkan budak2 dulu. Nasib baik anak yg sulong depa tolong uruskan.

Mandi sekali sehari, kena pulak klu musim panas, rs mcm cacing kepanasan lah aku tak boleh mandi.

4) Kena pakai stokin 24 jam,baju lengan panjang, kain batik dan tido kena selimut. Tak boleh pasang kipas kuat2. Nnt masuk angin katanya.

5) Bab makan, mak aku tak la straight sgt. Aku boleh mkn mcm biasa kecuali mkn menda2 sejuk, angin dan tajam.

6) Malam2 pulak, bukannya boleh tido lena. Baby aku suka berjaga malam dan melalak. Time org jaga(siang) dia tido. Time org tido(malam) dia jaga. Klu berjaga saja takper, ni siap melalak mintak org layan dia. Dah ler aku ni penakut berjaga malam-malam sorg2. Kadang2 tu ada gak bunyi yang pelik2. Aku wat bodoh jek lah.

Aduh..mmg tak cukup tido. Siang2 pulak, aku tak boleh nak tido, sbb cuaca panas sgt. Lagi pulak, baby aku pun suka menangis klu org tak henjutkan buai dia. Klu buai tu tak bergerak dia panas.

7) Tak cukup dgn tu, dah ler kena berjauhan dgn suami. Kadang-kadang tu rindu lah jugak.

8) Pahtu aku dalam pantang, mak bapak aku tak kasi keluar rumah pun. Tak boleh jejak tanah pun. Takot ada menda menegur lah kononnya. Bosannya duduk dalam rumah jek.

Tu lah serba sedikit pengalaman dalam pantang. Jangan korang ingat senang. Huhu. Aku tak sabar nak merdeka dpd berpantang dan kemabali bekerja. Lagi best rasanya. Sekang aku dah nak masuk 3 minggu dah bekerja semula.....wahhh..nikmatnya

Apa yg best, apa yg tak best...14/05/2009

Ermm...berpantang kali ni...lebih kurang cam dulu gak. Dok jenderak,
umah mak. Rutin, uruskan anak, tengok tv, mkn dan tido..hehehe..

Aku bernasib baik, sbb bila aku dlm pantang jek, selalu ASTRO ngah
siarkan raja lawak. Pahtu bila raja lawak habis, ada akademi fantasia
lak. Mujur dlm pantang, dapat ler tengok beria sikit pasal aku tak yah
wat koje rumah sgt. Klu kat umah sendiri, payah ler sikit.Sibok nak urus
anak, laki dan rumah.

Hemphhh...cakap pasal Akademi Fantasia yg ke 7 ni aku suka. Peserta2 dia
best2 daripada yang akademi fantasia ke 6 dulu. Jauh beza..seme peserta
dia best n ada karekter tersendiri. Aku suka, Akim, Aril, Aisyah, Isma, Yazid
dan seme lah...Paling suka kisah Akim dgn Aishah. Konon si Akim ni minat
kat Aishah..tapi Aishah dah ada pakwe. Suka tengok gelagat d'org. Dua2
cute n kisah d'org cam romantik jek. Teringat masa zaman2 aku bercinta
kat sekolah dulu. Dua2 tu baru umur 18 tahun..ala2 cinta remaja lah.Aril
plak aku suka karekter nakal dia. Isma lak, cam ala2 siti.Suara,perwatakan
dan muka ada iras2 siti, yazid lak kelakau selamba jek,muka nampak cam berutal,
tapi alahai, kelakar.Aku betul2 tengok AF ni siap dgn diari dia start
dpd AF6, pahtu AF7 lah. Dulu aku pelik gak nape org boleh tengok AF sampai
nangis2. Sbb masa aku tengok AF6 tu, tader perasaan pun nak nangis. Dah
lah tak best pun. Tapi bila tengok AF7 ni, baru aku terasa bestnya. Sampai
masa Aril keluar, aku pun sampai nak menitip gak air mata mengenangkan per-
sahabatan d'org tu kan....

Pahtu klu pantang masa aina dulu, aku suka tengok citer indon, tajuk Puteri
Yang Terbuang, pukul 5.00 ptg kat Astro Prima (siaran ulangan,patutnya pkl 9 mlm).
Best citer tu. Kali ni aku layan citer Sepanyol lak pukul 3.30 ptg kat TV3. Tajuk
LALOLA. Citer ni kisah pasal s'org kasanova yg suka mainkan hati pompuan yg telah
disantau oleh salah seorang pompuan yg penah ditiduri dan ditinggalkan begitu
sahaja oleh lelaki ni. Nama watak lelaki ni...Lalo. Tapi bila dia telah ditukarkan
menjadi pompuan, dia guna nama Lola. Citer dia kelakar.Tengok kehidupan dia sbg
pompuan yg cantik. Camner dia nak sesuaikan diri.Lagu tema dia pun best.
Aku ingat nak cari kat internet nanti.Pahtu ptg pukul 6.30 aku layan citer Matahari.
Best gak.

Bosan dlm pantang ni. Dok jek kat umah wat menda sama. Tapi lama2 aku rasa mcm sekejap pulak
hari2 yg aku lalui. Hari ni dah hari yg ke 34. Lebih kurang 10 hr jek lagi nak habis
pantang.