Wednesday, October 27, 2010
Denai...
Aku menulis lagi tentang kehidupan aku yang dah masuk 30 thn...mcm tak percaya jek..dan mmg ramai org kata muka aku tak macam umur 30 thn punnn...
Kini aku dah berjaya bekerja kat KL, seperti yang husbandku mahukan....aku sekarang bekerja di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Sebuah Universiti yang mengeluarkan siswazah askar...pegawai tentera lah nama yang lebih sedap.
Memang jauh berbeza UPNM dengan UPSI, dr segi orgnya, suasananya, kerjanya, programming languagenya...semua lah.
Dr segi suasana kerja, aku lagi suka kerja kat UPSI...sbb tak huru hara, teratur dan ada org atasan yg lebih tua sket.
Tapi segi kawan2 pejabat aku suka org2 kat sini kot...sbb d'org lebih open sikit pemikirannya....ni klu org UPSI baca, leh kecik hati nih....(bukan semua org upsi)
Errmmmm......idop aku ni dah byk yg aku lalui....hr tu balik kg aku jumpa org kawan baik aku masa aku sekolah2 dulu. Kalau aku nak ckp nasib aku teruk, teruk lg nasib
d'org kot. Yang seorang tu baru jek bercerai, kena pukul dengan laki dia, barang-barang kemas kena amik dgn laki dia..ishh...dah menjanda anak sorg...
Yang sorg lagi plak, baru kawen, tapi kawen senyap2....nikah jek.Dah lah umur 29 thn kot bari kawen, dah lah dgn lelaki yg dia tak expect pun jadi husband dia.
Duduk lak jauh dari husband n anak....husband n anak dia duk Jenderak Utara, dia pulak duduk kat Lipis sbb kena tukar mengajar kat sapa. Tapi dia bahagia kot.
Cuma cara dia nak kecapi kebahagiaan tu mcm payah jek jalannya....
Aku, masih seperti dulu....sensitip n suka jaga hati org....selalu terasa sendiri...adakah aku ini negative personnn....kadang2 aku pun selalu terkeliru...
Kadang aku rasa seme org jahat....tapi adakah sbb mmg org jahat ke atau aku yg terlalu sensitive dan lurus bendul dan takot nak fight utk hati sendiri...
Hemmpphhh....ntah lahhhh
Aku tak suka perasaan ni......bila perasaan ni dtg mulalah aku fikir mcm nak balik keja kat UPSI semula jek. Tempat yg selesa buat aku. Tempat yg ada kawan2
yang memahami akuuuuuu.....
Hati aku masih tertinggal di UPSI.....
Thursday, October 21, 2010
SaKIT Mata, H1N1, Chicken Pox...9 Ogos 2009




Macam anak ina, anak aku pun dpt penyakit yg sama sbb letak dekat nursery yg sama...2 miinggu kot sebelom cuti H1N1 pada 30hb Ogos 2009 hr tu anak aku kena sakit mata. Dua2 si Aina dengan si Adib. Aduhhh...nasib baik tak teruk sgt
Pahtu jangkit lak dgn aku. Aku sambung cuti...dah EL jaga anak...aku sekali kena pulak. Nasib kena hari jumaat...so aku EL Jumaat, n sambung cuti hari ahad. Aku kena teruk gak, siap bengkak n merah lagi..sampai tak leh nak pakai cermin mata. Meraba lah aku kerabunan. Doktor pulak takmo bg mc, pasal aku pegi klinik hari sabtu...dia kata hari sinin maybe dah baik, so dia takyah bg mc. Hari Isnin tu mata aku masih merah lagi...tapi aku malas dah nak pi klinik tu byk kali nak amik mc gak...aku g jek lah opis. Doktor cakap, jangkitan bukan sbb kita tengok mata org yg sakit mata...tu mitos semata. Dia ckp akan berjangkit bila cecair mata yg sakit tu kena tangan kita, dan kita pun pegang mata kita pulak. So aku tak risau lah nak g opis dgn mata merah dgn syarat aku jgn sentuh org lah.
Habis sakit mata, demam, batuk selsema pulak.Aku dah tak larat nak EL...hantar jek lah anak2 aku g nursery..walaupun kesian dia dok merengek taknak berenggang dgn kita....pahtu tut tut cuti HIN1 pulak. UPSI tutup seminggu.
Cuti H1N1 seminggu aku balik lah ampang. Husband aku keja walaupun aku cuti, tapi takper lah dia g keja dr ampang, opis dia kat sg buloh tu. Dok ampang, baik ler sikit demam,batuk n selsema anak2 aku. Aku balik Tjg Malim semula pada 4hb iaitu hari Selasa. Ada sehari g cuti H1N1 nak habis. Aku pun hantar lah anak ke nursery pasal aku nak kena g buat urusan bank.
Hantar sehari jek kat nursery..balik2 rumah dah kena chicken pox pulak si aina...kesian betul dia. Nasin Adib tak kena.Aku pun EL lagi lah ni dpd hari Jumaat minggu lepas samp hari ni hari Isnin. Tu tah samp bila plak aku nak kena EL ni. Tak leh hantar depa g nursery, nnt kang jangkit dgn bebudak lain plak. Doktor kata penyakit ni, lepas 3 hari baru dia akan mengjangkiti org lain. Tu yg aku dok terfikir mesti ada mak bapak yg hantar jugak anak dia yg dah kena penyakit ni ke nursery walaupun dah 3 hari anak dia kena. Tu yang berjangkit tu. Tu d'org ni kan mementingkan diri sendiri jek. EL jek lah mcm aku ni. Takpun hantar ler anak tu balik kg ke...tumpang rumah jiran ke, atau apa2 aja lah, janji jgn ler hantar kat nursery..kesian berjangkit kat budak lain. Klu budak jek takper..kang dah jangkit dgn mak bapak sekali...bukan ke lama nak kena cuti tu.
Dah ler klu cuti jaga anak sakit tak leh dpt mc, kena EL. Bila EL rekod kita buruk pulak. Pahtu sambung plak dgn cuti sakit kita lak jangkit. Bp lama nak cuti tu? Keja melambak kat opis. Nak salahkan sapa ni?
Nasib chicken pox ni aku dgn husband aku dah penah kena. Jadi risiko nak jangkit tu payah sikit. Aku husband aku cuti dia dah tader lak tu, nak tak nak aku ler kena jaga anak2 yg sakit ni....nak bergilir dgn dia pun tak leh...huhu
Ingat berpantang tu Honeymoon ke?...5 Jul 2009
Masa aku cuti berpantang selama 60 hari, mesti ramai ingat cuti berpantang tu best kan. Boleh berehat2 selama 60 hari, sambil gaji kita masuk.
Sebenarnya nampak jek macam best. Klu aku berpantang, aku tak tau lah org lain kan, kena ikut rule mak aku.
1) Kena bertungku dua kali sehari, pg sekali, ptg sekali. Biasa aku bertungku dalam pukul 9 utk sesi pg dan pukul 5.30 ptg utk sesi ptg. Tungku tu dah ler panas giler. Naik melecur tangan dan perut aku.
2) Aku kena pakai barut/bengkung. Tak boleh bukak bengkung tu kecuali utk mandi shj. Dengan panas, rimas, berpeluh, gatal dan susah nak bergerak sbb sebahagian peha pun ditutupi dgn bengkung.
Gi satu susah nak bergerak jugak masa minggu pertama sbb luka masih segar lagi. So rasa pedih tu masih ada. Tambahan lagi klu kena sakit rengat. Tu klu darah kotor byk sgt dlm perut. Dia belum habis kuar lagi. Bila dia merengat tu, rasa mcm nak terberanak lagi sekali jek. Sakit oiiii. Nak mebuang air besar pun rs ngeri.
3)Mandi boleh sekali sehari sahaja. Dah siap bertungku, mandi dan pakai barut, baru boleh makan dan minum. Kdg2 kering tekak aku, sbb pukul 12 tghr baru aku boleh breakfast. Sbb selain uruskan diri aku pagi tu, aku kena uruskan anak2 sekali. Maksudnya kena mandikan dan tidorkan budak2 dulu. Nasib baik anak yg sulong depa tolong uruskan.
Mandi sekali sehari, kena pulak klu musim panas, rs mcm cacing kepanasan lah aku tak boleh mandi.
4) Kena pakai stokin 24 jam,baju lengan panjang, kain batik dan tido kena selimut. Tak boleh pasang kipas kuat2. Nnt masuk angin katanya.
5) Bab makan, mak aku tak la straight sgt. Aku boleh mkn mcm biasa kecuali mkn menda2 sejuk, angin dan tajam.
6) Malam2 pulak, bukannya boleh tido lena. Baby aku suka berjaga malam dan melalak. Time org jaga(siang) dia tido. Time org tido(malam) dia jaga. Klu berjaga saja takper, ni siap melalak mintak org layan dia. Dah ler aku ni penakut berjaga malam-malam sorg2. Kadang2 tu ada gak bunyi yang pelik2. Aku wat bodoh jek lah.
Aduh..mmg tak cukup tido. Siang2 pulak, aku tak boleh nak tido, sbb cuaca panas sgt. Lagi pulak, baby aku pun suka menangis klu org tak henjutkan buai dia. Klu buai tu tak bergerak dia panas.
7) Tak cukup dgn tu, dah ler kena berjauhan dgn suami. Kadang-kadang tu rindu lah jugak.
8) Pahtu aku dalam pantang, mak bapak aku tak kasi keluar rumah pun. Tak boleh jejak tanah pun. Takot ada menda menegur lah kononnya. Bosannya duduk dalam rumah jek.
Tu lah serba sedikit pengalaman dalam pantang. Jangan korang ingat senang. Huhu. Aku tak sabar nak merdeka dpd berpantang dan kemabali bekerja. Lagi best rasanya. Sekang aku dah nak masuk 3 minggu dah bekerja semula.....wahhh..nikmatnya
Apa yg best, apa yg tak best...14/05/2009
Ermm...berpantang kali ni...lebih kurang cam dulu gak. Dok jenderak,
umah mak. Rutin, uruskan anak, tengok tv, mkn dan tido..hehehe..
Aku bernasib baik, sbb bila aku dlm pantang jek, selalu ASTRO ngah
siarkan raja lawak. Pahtu bila raja lawak habis, ada akademi fantasia
lak. Mujur dlm pantang, dapat ler tengok beria sikit pasal aku tak yah
wat koje rumah sgt. Klu kat umah sendiri, payah ler sikit.Sibok nak urus
anak, laki dan rumah.
Hemphhh...cakap pasal Akademi Fantasia yg ke 7 ni aku suka. Peserta2 dia
best2 daripada yang akademi fantasia ke 6 dulu. Jauh beza..seme peserta
dia best n ada karekter tersendiri. Aku suka, Akim, Aril, Aisyah, Isma, Yazid
dan seme lah...Paling suka kisah Akim dgn Aishah. Konon si Akim ni minat
kat Aishah..tapi Aishah dah ada pakwe. Suka tengok gelagat d'org. Dua2
cute n kisah d'org cam romantik jek. Teringat masa zaman2 aku bercinta
kat sekolah dulu. Dua2 tu baru umur 18 tahun..ala2 cinta remaja lah.Aril
plak aku suka karekter nakal dia. Isma lak, cam ala2 siti.Suara,perwatakan
dan muka ada iras2 siti, yazid lak kelakau selamba jek,muka nampak cam berutal,
tapi alahai, kelakar.Aku betul2 tengok AF ni siap dgn diari dia start
dpd AF6, pahtu AF7 lah. Dulu aku pelik gak nape org boleh tengok AF sampai
nangis2. Sbb masa aku tengok AF6 tu, tader perasaan pun nak nangis. Dah
lah tak best pun. Tapi bila tengok AF7 ni, baru aku terasa bestnya. Sampai
masa Aril keluar, aku pun sampai nak menitip gak air mata mengenangkan per-
sahabatan d'org tu kan....
Pahtu klu pantang masa aina dulu, aku suka tengok citer indon, tajuk Puteri
Yang Terbuang, pukul 5.00 ptg kat Astro Prima (siaran ulangan,patutnya pkl 9 mlm).
Best citer tu. Kali ni aku layan citer Sepanyol lak pukul 3.30 ptg kat TV3. Tajuk
LALOLA. Citer ni kisah pasal s'org kasanova yg suka mainkan hati pompuan yg telah
disantau oleh salah seorang pompuan yg penah ditiduri dan ditinggalkan begitu
sahaja oleh lelaki ni. Nama watak lelaki ni...Lalo. Tapi bila dia telah ditukarkan
menjadi pompuan, dia guna nama Lola. Citer dia kelakar.Tengok kehidupan dia sbg
pompuan yg cantik. Camner dia nak sesuaikan diri.Lagu tema dia pun best.
Aku ingat nak cari kat internet nanti.Pahtu ptg pukul 6.30 aku layan citer Matahari.
Best gak.
Bosan dlm pantang ni. Dok jek kat umah wat menda sama. Tapi lama2 aku rasa mcm sekejap pulak
hari2 yg aku lalui. Hari ni dah hari yg ke 34. Lebih kurang 10 hr jek lagi nak habis
pantang.
YANG PERTAMA PERMATA HATI, YANG KEDUA PENGIKAT KASIH....12/05/2009
Rasanya baru jek lagi aku menulis pasal experience aku beranak sulong. Kali ni aku nak menulis
pasal beranak kali kedua plak.Kekekke...mcm tak caya jek..
Ni lah aku nak citer experience kedua...jauh berbeza dpd pengalaman pertama. Aku sepatut
due pada 8/4/2009. Aku dah balik kg 27/3/2009 lagi sbb ada kenduri kawan pejabat husband
aku kat jenderak selatan. Aku tunggu punya tunggu nak sakit bersalin, tapi...sakit tu sakit,
tapi sakit main2 jek. Kdg sakit, kdg tak. Sampai hr due date pun, sakit dia masih camtu.
Nurse klinik desa jenderak utara suruh aku g klinik Kuala Krau klu aku tak beranak lg pada
8/4 tu. Aku tak g lagi 8hb tu. Ingat nak g 9hb sbb takot 8hb tu sakit. Aku malas nak masuk
wad awal, bosan...
So, tunggu2 8hb tak beranak gak. Aku pun g lah klinik kuala krau pada 9hb. Pg2 kena marah plak
dgn nurse yg agak tua sikit. Kerek jek. Dia kata, klu nurse srh pegi 8hb, g lah ikut tarikh.
Aku diam jek, malas nak layan kerenah nurse tu, biar dia penat bebel sorg2.Bebel jek, check akunya
tak jugak.
Pahtu ada nurse lain yg check aku, nurse ni baik sket. Dia srh aku g sepital temerloh terus, pasal
kat kuala krau tu doktornya cuti, tak leh nak check baby ok ke tak. Dia takot risiko jek. Pasal
klu ikut prosedur dia betoi, klu tak beranak lagi, seminggu selepas tarikh due baru leh masuk wad,
dgn pengesahan doktor anak tu ok lah dlm perut.
So,aku pun g lah hospital temerloh.Aku dah bajet masuk wad jek...dah siap bwk baju aku n baby siap2
dah. Senang. Sampai jek labor room, lama lah dia check itu ini, termasuk seluk2, scan dan dengor
jantung baby. Doktor yg seluk2 tu baik giler, lembut jek. Tapi doktor yang scan tu mcm hampas.
Tah dia hangin kat sapa tah, habis seme patient dia marah. Dah lah cakap mcm gengster, pahtu siap tendang2
kerusi lagi. Muda lagi orgnya...Dr Maimun kot nama dia. Aku geram nak sound jek doktor tu...aku nak sound,
tak leh ckp elok2 ke dgn patient...klu kot tensen pun, dia mana leh wat perangai camtu.Aku pun keja
kerajaan gak....
Pahtu dah siap check, aku kena masuk wad. Masuk lah Kenanga 5, masuk tu hari khamis. Dapat kengkawan 4 org
katil sebelah2 kat situ.Masing2 dgn masalah masing2 lah. Katil sebelah tu, air ketuban tak cukup,kati dpn lak
anak tak gerak dgn sebelah lagi kencing manis dgn darah tinggi.Tidolah kat wad..Aku dah call husband kata kena
masuk wad tapi tak tau g bila nak bersalain.Husband aku pun terus amik cuti balik phg.Sera salah gak aku nak srh
dia balik, pasal cuti dia dah ler sikit. Pagi jumaat tu Dr biasa pkl 6 dah dtg check, pahtu dlm pukul 10 tu,
dr pakar lak dtg. Check2 kata aku kena induce. Nak masuk ubat ptg. Pahtu tut, tut lps makan tengahari nurse
dah panggil utk masuk ubat. Disuruh aku kencing dulu. Aku dgn budak yg kencing manis tu kena masuk ubat.
Dia masuk ubat, aku kena masuk belon. Mula2 aku tak tau cemana rupanya belon tu...penah dengar org masuk belon
tapi tak tau camner rupernya. Mcm tiub tu masuk kat situ. Lepas masuk belon aku tido..rs ngatuk sgt. Ptg tu dah
start rs merengat2 perut aku...husand aku dtg melawat ptg tu. Tepat pukul 7...dah keluar darah. Aku ingat bila dah
kuar darah tu dah boleh turun labor room. Rupernya kena tunggu belon tu sampai jatuh dulu. Kekkeke
Hari tu sebenarnya ada 2 trip yg masuk ubat dgn belon, trip pagi tu masuk pukul 7 pg..dan trip ptg tu masuk pukul
1. Jadi ada dkt 20 org yg induce lah. Yg trip pagi tu dah ada yg turun labor room dan malam tu ada lah 2-3 org yg
dah selamat bersalin. Malam tu..geng yg trip pkl 1 dgn beberapa org lagi yg geng trip pagi yg lom beranaka lagi, seme
sakit merengat...seme tak leh tido. Sakit lah sgt...rs mcm nak beranak sgt dah. Seme dok merayap dlm wad pasal tak
leh tido. Seme dok menahan sakit. Dekat pkl 3, baru sorg2 masuk tido.Husband2 k'org plak dah geng sesama d'org. Seme
pakat lepak kat cafe n tido dlm kereta..kekkekek
Pagi tu, nurse kejutkan kami dlm pukul 5 lebih.Katanya doktor nak dtg check jln pukul 6 pg. Sekali dengor2 doktor lelaki
yg bertugas. Seme lemah semangat. Tapi nak masuk labor room punya pasal..lantak lah.Tunggu punya tunggu, alih2 doktor
tertido sbb sebelom tu dia ada operation org beranak. Pukul 7 lebih baru dia dtg wad. Masuk masuklah kami sorg demi sorg
utk doktor lelaki tu check jalan. Malunya lah. Yang paling kelakar masing2 punyalah suka dpt baju pink tu, tandanya dapat
turun labor room. Mcm dapat anugerah plak. Seme dah tak sanggup nak tahan sakit merengat yg tak sudah tu. Aku pun berjaya
dpt baju pink tu...lega rs. Dah bukaan masing2 lebih kurang jek seme...dlm 3cm. Pahtu nurse srh kami bersiap..kena marah lagi
sbb seme belom mandi. Patutnya ada nurse gerak pkl 4 srh kami mandi...tapi tader pun, mana kami tau. Then kami disuruh
berak, dia dah masukkan ubat berak kat punggung kami. Disuruh mandi dan makan sarapan dulu.
Dan dan dah siap, labor room lak penuh...aduhhh...3 org jek yg lepas pegi. Hangin jek. Pahtu tunggu lagi..samp sakit pun dah
hilang pulak. Pahtu aku dah give up dah. Kesian kat husband aku dok tido dlm keta dah dua mlm. Aku dh message dia srh balik
rumah mak dulu..maybe lambat g aku beranak.pahtu aku tido...dlm pkl 12 tghr nurse gerak aku srh siap nak turun labor room. Aku call
husband aku, nasib dia tak balik lagi.
Wahh, ingat masuk labor room dah lega ke...masuk2 aku dah rs tak konfiden, sbb dah tak sakit dah, cemana nak beranak. Rupernya
prosedur induce tu lom habis lagi....doktor masuk n pecahkan ketuban aku. Sakit gak dia seluk n korek.Pahtu d'org masukkan air.
Pahtu sakit tu mula dtg semakin kerap dan semakin sakit....punyalah lama aku menanggung. Dpd pukul 12 tu sampai ke pukul 7 mlm.
Nurse yg jaga aku lak bebudak praktikal...muda2 lagi. Nasiblah jugak. Boleh ler aku demand sikit. Aku mengiring lah, kekadang
angkat kaki, kadang aku suh depa naikkan penyandar kerusi. Klu nurse betul, mampus aku kena bebel. Husband aku ada lah teman kat
sebelah. Air masuk sampi 4 tabung. Sakit giler lah, rs mcm kena siat2 kulit ni. Baby plak bleh tido dlm perut. Mcm mana nak
kuar. Asyik tido jek.
Dah sakit sgt aku suh bbudak practical tu panggil nurse...dah bape kali depa seluk, masih belum bukak beso lagi jlnnya. Pahtu
bolehlah pulak sorg budak praktikal ni...nak try seluk, dah ler time tu aku tengah sakit giler..dia boleh main try2 plak..hangin
jek rs. Pahtu dekat pukul 7 tu dah bukak 8cm 1/2..aku dah tertahan dah sakit sgt, nurse tu kesian tengok aku, dia cocok pulak
kat punggung kata utk cepatkan bukaan rahim dan kurangkan sakit. Pahtu dah dalam pukul 7 tu aku dah tak kira, dah tak tahan nak
meneran sgt dah...pahtu barulah doktor dgn nurse betul dtg...aku pun start teran, 2-3 kali, baby dah kuar....uhhh leganya...
merdeka rsnya. Pahtu kali ni nurse cuci perut aku dan jahit tanpa bius..tapi aku dah tak rs sgt dah kesakitan tu. Tak lah
sampai kena gigit kain mcm yg org selalu citer.
Dah selamat bersalin...aku dah relaks..tertido2 dah sbb ngantuk sgt, dah dua mlm sblom tu tak tido. Penat manahan sakit
lagi selama lebih kurang 8 jam. Aku menyusu pun mcm tak menyusu..mamai..siap mengigau2 lagi...mcm terbayang2 lagi
kesakitan 8 jam tu. Dekat pukul 10 mlm, barulah aku dihantar masuk wad. Satu mlm g husband aku tido dlm keta...kesian dia.
Tu lah..kisah beranak anak kedua aku...mcm2 hal...Lahirlah Adib Fahri Shahril dgn berat 3.4 kilo...beso tu...bertuahnyer
anak..hehehhe
Rasa hangin gak.....12 Mar 2009
Aku, suami dan anak-anak....
Aina sakit lagi, sakit biasa lah, demam, batuk n selsema. Baru jek baik dah kena lagi. Hari minggu lepas sempena cuti Maulidur Rasul, aku n pemili balik Ampang. Nak g umah uwan jauh suami aku. Konon2 nak belikan kerusi malas utk dia. Uwan jauh tu asyik sakit pinggang dan lutut, sbb asyik duduk atas kerusi kayu.
Rumah dia byk kucing...bukan aku tak suka g rumah dia lama2. Bukan jugak aku tak suka kucing....tapi rumah dia tu kecik, rumah flat 2 bilik, pahtu kucing byk....di mana2 ada bulu kucing, bau najis kucing dan air kencing dia. Aku tak kisah, tapi kesian Aina lah. Aina tu dah ler suspek lelah...didedahkan lama2 dgn udara yg tak bersih mcm tu....mana budak tu tak batuk n selsema. Kenapa itu pun ayah dia tak leh pikir. Kaang aku cakap kang, ayah dia terasa lak....entah ler, payah gak
Pahtu alih2 aku lak yang disalahkan budak tu batuk teruk. Dia kata aku tak hantar toto ke dobi....mcm aku sorg jek yg pegang tanggungjawab tu ....dah ler aku ni dah sarat 9 bulan...nak bergerak pun payah...dia suruh2 lak kita ke sana ke mari.....arggghhhhh....tensen n geram.
Satu g kes yang wat aku geram ialah pasal keta Sutera tu...yg suka mengaum dan mati enjin. Aku nak bwk balik phg g servis center dia. Tu pun payah nak bawak balik keta tu....agaknya dia nak tunggu aku dgn anak2 eksiden dulu baru dia sebok nak baiki keta sutera tu ker,,,,,tak tau ler.
Malas aku nak ngumpat2 laki sendiri ni...tapi tu lah..sekadar nak luahkan rasa hati jek....
PeTuA OrAnG tUa UnTuK aNaK cEmErLaNg...25 Feb 2009
1) Waktu Maghrib
-Tutup semua pintu,tingkap dan tv sembahyang jemaah satu pemili.
- Elok klu ayah mengajar anak mengaji dan solat.
-selalu puji anak2 utk buat menda baik.
2) Pukul 9 malam
- masuk tido dan tutup lampu. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Jangan amalkan tido dpn tv. Kerana masa nak tido adalah waktu otak anak2 sgt aktif menerima ilmu baru. Terutama umur anak antara 2-7 thn. Jadi elok waktu nak tido tu, dibacakan zikir, selawat atau kisah2 nabi.
- elakkan dpd tido memegang alat mainan.
- tido elok mengiring ke kanan atau meniarap supaya oksigen senang masuk dlm otak.
- enaman selepas solat subuh dan berdoa agar kesihatan anak2 terjaga.
- selalu ceritakan apsal syurga dan neraka, anak2 cepat mendengar.
- ibu bapa jgn terlalu meninggi suara, tetapi hendaklah tegas dlm mendidik anak2
3) Pemakanan anak2
-masak makanan sendiri lebih bagus, kerana air tangan kita masuk dlm makanan yg kita masak untuk anak2. Semasa membasuh beras bacalah selawat dan berdoa : Ya Allah,ya Tuhanku sebagaimana bersihnya beras ini, bersihkanlah jiwa anak-anakku. Semasa kacau beras, kacaulah ikut lawan putaran jam dan berdoa lagi, Ya Allah, ya Tuhanku selembut mana nasi ini, Engkau lembutkanlah hati anak2 ku.
-Selalu buat sup utk anak2 tapi jgn selalu bg sup ayam sbb ayam skrg byk cucuk hormon.
- Dalam sup letakkan 2 jenis sayur. Jarangkan guna kacang2 sbb angin utk baby.
- bykkan daun salad,daun sup, tauhu,kentang carrot, dan variasikan menu anak2.
- ajarkan doa makan kepada anak.
- biasakan gunakan bekas kaca atau stainless steel. Kerana tapeware byk bhn kimia.
- ELAKKAN MAKANAN RINGAN SPT COKELAT DAN GULA DAN JAJAN. Bhn2 ini menyebabkan kurang oksigen dlm otak dan anak jd perengus.
- Bykkan minum jus yg dibuat sendiri terutama jus pegaga dan carrot. Elok pegaga yg ditanam sendiri. Minum setiap pagi sebelum mkn menda lain.
4) Masa di dalm kereta on the way ke nursery, baca bersama2 dgn anak al-Fatihah, ayat Qursi dan selawat ke atas nabi. Supaya hati anak2 lembut dan tidak degil.
5) Jaga perkataan yg ibu bapa keluarkan daripada mulut. Ckp menda2 elok supaya anak2 tidak mengikut kata2 tak elok.
6) Permainan, carilah permainan yg membina minda. Bykkan mainan tradisional. Mainan paling murah dan boleh mengurangkan stress anak2 ialah mengoyakkan kertas, melukis dan gunting2 kertas dan main tanah liat.
7) Selalu cium dan peluk anak2 terutama anak2 yg terdahulu, kerana bila dia dpt adik, selalu anak yg terdahulu akan kekurangan kasih sayang.