Think Of Yourself

When u think of yourself...don't think you're perfect
Just think that you will never perfect but always want to get ur'self perfect...




Sunday, November 10, 2013

Anas Faqih Fiddeen Bin Shahril...29/9/2013...5.18 am

Hempphhh...dah bersawang dah blog aku ni...malas nak menulis...tader masa tu mmg alasan tetap lah.

Ni nak cerita pasal pengalaman aku mengandung n bersalin anak yang ketiga. Preknen kali ni mmg dirancang dari awal. Tapi mula2 aku n hubby ragu nak ada baby lagi since my hubby takot dia dah tak aktif sbb bape kali x tray kat celah kelangkang masa dia eksiden tahun 2008 dulu...aku pulak takot dah tak boleh lekat atau kandungan akan ada masalah since aku ada tiroid. Ingat dah nak stop ada baby, cukup lah ada Aina Sofea n Adib Fahri jek.... Tiba tahun 2012, ramai pulak kawan-kawan seangkatan yang menambah anak, baik kawan aku hatta kawan hubby... so hubby aku pun teringin lah nak jugak...so bincang punya bincang, kami decide nak try, tp dengan syarat aku kena check tiroid aku aktif ke tak dulu n make sure aku confirm dgn doktor yang aku ni bleh peknen dgn normal. Then kami deicde nak baby boy klu boleh sbb baby boy x menganggu hormon aku sangat. So kami mula menyemak calender Luna Cina, just utk panduan, bukan percaya 100%, bila masa yg sesuai supaya kami boleh dpt baby boy....so kami try masa cuti krismas tahun 2012. Alhamdullillah, try sekali terus lekat....so peknen lah aku sampai bulan 9 2013.

Proses preknen kali ni mmg berbeza dpd Aina n Adib, sume x sama, awal peknen aku rs sentiasa sejuk sgt, samp nk pegi shopping complex pun aku x larat, sbb x tahan sejuk, muntah x teruk sgt, bila time nak drive balik keja jek aku sibok nak muntah. Dengan bila time2 bau nasi masak, bau makanan dimasak n bau hubby aku...huhu. Tak lalu mkn tu biasa lah, tp kali ni aku nak mkn sumer kosong jek, roti canai kosong, nasi kosong, roti kosong, biskut kosong n selalu aku nak milo kosong, tp kali ni milo kosong tak boleh masuk, aku berkenan teh tarik halia lak....huhu. Tapi cam biasa nasib baik morning sickness aku samp 4 bulan jek. Lepas tu dah ok, steady jek aku siap boleh g outstation ke PD lagi 2 minggu...hehhehe.

Then 5 bulan ke atas, aku semakin merasa kepanasan spjg masa. Malam2 aku tido siap kipas syiling bukak 5, tambah lagi dengan kipas berdiri tu aku pasang 3 kelajuan dia. Tu pun peluh meleleh dok ada lagi. Makan pun mmg byk gila...klu pizza tu aku boleh habis kan 4 slices sekali makan. Laki aku pun takot tengok aku makan, mcm kena rasuk katanya....hahhaha. Paling aku suka makan masa ni...apa2 yg perisa strawberry, ice blended berhantu aku, pahtu air tembikai...fuhhh feveret gila....lega rasa tekak yg panas ni bila dapat air tembikai....peknen kali ni aku paling byk minum air yg berais n air sejuk....klu yg lepas2 tak boleh minum, bila minum jek angin, then muntahhhh...huhu. Pahtu yg best jugak kali ni, aku g check up kat klinik pun tak kena minum air gula.

Hemphh...kisah klinik plak, Alhamdullillah aku dapat klinik yg senang nk pegi iaitu klinik Bandar Tun Razak, dekat flat tempat tinggal lama aku dulu. Senang sbb aku dah biasa dgn kaws tu. Nurse pulak baik2...skrg derang dah menjalankan sistem Personal Care, maksudnya kita akan dapat nurse yang sama setiap kali kita datang klinik, so senang derang nak pantau perkembangan aku n kandungan aku. Nurse pun dapat nurse senior, bagus n baik hati sangat. Cuma aku kena g refer hosp serdang 2 bulan sekali utk pantau hb low, tiroid n placenta type 1, iaitu uri kat bawah...actually tak lah  betul2 kat lubang bawah, tapi dah berhampiran lah dgn lubang tu, 3-4 cm jarak dia. Aku pun sbb parking kat sepital tu ssh samp kena parking kat tepi highway, aku paksa laki aku amik cuti setiap kali appointment tuk teman aku n jd driver aku ...kikikiki...g satu nk bagi dia rasa jugak bertapa boringnya menunggu kat sepital kerajaan...hahhahha

Ok, setelah 9 bulan 10 hari peknen, aku dah start rasa sengal2 kat bawah perut, tp due aku 17/9/2013 iaitu minggu yang ke 40. Aku start amik cuti 12/9/2013 tapi, samp tarikh due aku belum rasa betul2 sakit nak bersalin lagi, so pada tarikh due aku ke klinik, dan nurse telah bg tempoh 9 hari lepas overdue, yg digelar post date iaitu 26/9 aku patut pegi refer hosp serdang terus utk masuk ward n induce klu x sakit jugak. So aku dah pening sebab cuti tahunan aku dah tinggal 5 hari jek lagi, x kan aku nak habiskan, sbb bimbang nnt lps naik cuti, takot lah nak kena EL ke, cuti tahunan aku dah habis pulak. So aku terus apply cuti bersalin awal yg terus start pada tarikh 17/9 tarikh yg sepatutnya aku due tu. Terpaksalah, nak wat camne kan, nasib cuti bersalin kali ni 3 bulan...huhu. Then, aku pun mula lah bercuti... dok umah aku start lah search mcm mana cara nak cepatkan contraction, mcm2 aku buat...senaman ibu mengandung, berjalan kaki kat dataran putrajaya, buat keja umah berat2 mcm sental bilik air, sental tangga rumah, mop lantai, angkat menda berat, mengaji, baca doa yg sepatutnya, buat self induction pun takmo jugak baby kuar...sakitnya masih main2....samp 22/9....tumbuh mcm ruam2 kat seluruh badan aku, terutama perut...tapi x gatal, just kuar bintik2 merah jek...aku pun rasa sgt hairan n risau, aku ajak laki aku g sepital serdang....samp sana check2...dah ilang pulak ruam tu...maybe sbb kat sepital tu sejuk...doktor pun x tau nak kata apa, nak check pun tak boleh...so dia check jalan pun tak bukak lagi, dah lah check jalan doktor cina lelaki pulak tu.....adoiiii...dia suh dtg balik 26/9 nnt utk warded....

Tibalah hari 26/9 tu....aku pun suh laki aku amik cuti utk warded ke hosp serdang......

Monday, November 19, 2012

LELAKI OH LELAKI....

LELAKI..MAHUKAN ISTERI YANG SEMPURNA

Lelaki mahukan isteri yg SEMPURNA, walhal diri dia sendiri pun byk kekurangan...

Lelaki mahukan isteri yg MUKA CANTIK mcm artis, walhal dia sendiri muka pun PECAH TEMBOK

Lelaki mahukan isteri yg SENTIASA RAMPING, walhal dia sendiri badan mcm TONG DRUM...

Lelaki mahukan isteri yg PANDAI MASAK, walhal dia sendiri pun suruh pegang drill nak gantung langsir pun

tak tau...

Lelaki mahukan isteri yang PANDAI MENJAHIT, walhal dia sendiri pun suruh buat reban arnab pun tak tau...

Lelaki mahukan isteri yg bijak MENGURUS RUMAHTANGGA DAN ANAK2, walhal dia sendiri pun suh cebokkan berak anak dan tukar lampin pun tak mauuu...x per pulakk

Lelaki mahukan isteri yang sentiasa MELAYAN SUAMI macam raja, walhal dia sendiri pun layan isteri macam org gajiiii

Lelaki mahukan isteri yang LEMAH LEMBUT, walhal dia sendiri panggil isteri oi2 jek...siap maki hamun lagi isteri

Lelaki mahukan isteri yang pandai BERJIMAT, walhal dia sendiri pun suka membazir hisap rokok...bakar duit jek tuuu

Lelaki mahukan isteri yang pandai BERDIKARI, walhal dia sendiri nak minum air masak pun mintak isteri amikkan....

Lelaki mahukan isteri yang sentiasa UP TO DATE, walhal dia sendiri pun selalu ketinggalan zamann

Lelaki mahukan isteri yang RAJIN KEMAS RUMAH, walhal dia sendiri pun suka campak brg sana sini...

Lelaki mahukan isteri yang sentiasa MENDENGAR MASALAH dia, walhal dia sendiri tak pernah faham masalah isteriii...huhu

Dan macam2 lagi lah LELAKI ni nakk kannnn...klu tak dapat mula lah dia jadikan alasan untuk kawen lainnn...huhu...HARGAILAH ISTERI ANDA, KERANA ISTERI2 TU ADALAH TEMAN SUAMI DUNIA AKHIRATTT....SEKADAR RENUNGANNNN

Wednesday, February 8, 2012

The Bitches

Baru-baru ni adik aku dapat tawaran berkerja di UPNM ni sebagai staf kerani sambilan.
Setelah diinterbiu, dapat lah dia keja tapi rupernya telah ditempat kan di pejabat bendahari
di bawah peg dia Puan Hanum.

Aku dengor jek nama Hanum ni aku terus terbayang kes dia dengan kawan aku Ikim. Hanum ni mmg
pompuan kerek nak mampos. Masa aku tau kes dia dengan Ikim tu tader lah aku rasa dia ni kerek
sgt.

Lepas mendengar citer-citer adik aku masa makan tengahari dgn masa otw pergi dan balik kerja
barulah aku tau rupernya si Hanum ni mmg pompuan yg sgt teruk perangai nya. Bad temper,
mulut mcm celaka.

Seumur aku dah keja selama 8 thn ni penah gak aku jumpa pompuan garang, tp aku rasa dia ni lah
yang paling garang lerr.

Ade ke patut.....cuba korg baca message aku bg kepada kawan baik dia neh (sbb malas nak taip balik)

Salam suria, akak just nak tny jek ni sebab akk nak tau citer dr kedua2 pihak...
no hard2 feeling tau....pasal hanum ni..

hari khamis lepas teruk adik aku dikerjakannya
tiap2 hr dia cr pasal dgn adik akk
dia ckp adik akk masuk lambat lah
pahtu buat keja x paham tny dia, dia marah siap2 baling2 kertas
pahtu, hr jumaat lepas, adik akk ikut akk g beli air utk pengtauliahan masuk kui 3.30...kena marah
pahtu rehat biasa adik akk terlambat sikit masuk kui 2.30 pun kena marah
standardlah kan masuk 2.30
orang len pun sume masuk lambat gak kat bendahari tu
event hanum sendiri pun masuk lambat
pahtu....ptg khamis paling teruk
adik akk tersalah sikit, tersalah fail
pg tu kena sound depan sumer org kat opis tu
malu lah adik akk kan
ptg tu kena lagi.....dia panggil masuk bilik meeting
dia dgn adik akk jek
dia tengking, tepuk meja, dia ckp Kau aku jek
pahtu dia suh adik akk rehat kui 1 masuk sharp kui 2
dia kata "Kau ni kenapa sengal sgt!!
Ko jgn nk kurang ajar dgn aku!!!
Ko ingat ko cantik sgt ke!!!
dgn nada tengking
mcm2 lagi lah dia ckp, ni antara ayat2 dia lah
siap angkat tangan nak pukul adik akk
dia ckp, nasib ko ni dah besar jek, klu kecik lagi, aku tonyoh2 kepala ko
balik keja tu adik akk nangis dlm keta
satu opis dengar kot dia marah tu
siap en ilham kuar dr bilik dia nak tengok apa yg terjadi
menda ni jd 2 hr, rabu dgn khamis minggu lepas
pahtu jumaat tu hanum bawak adik akk g jumpa peg lain nama dia cik zaini
dia suh adik akk belajar pasal aset
pahtu dia siap kutuk adik akk dekat cek zaini tu depan2 adik akk
konon2 dia nak suh cik zaini tu marah adik akk gak lah
nasib baik cik zaini tu backup adik akk
dia sound hanum bal
dia kata, tak boleh buat mcm ni hanum
dgn staf baru kalau nak ajar tak leh kasar2, tu lah kisah dia

akk bukan apa, cuma nak tau betul ke sumer ni, kot2 hanum ada citer apa2 kat suria.

Pada akk adik akk bukan lah buat kesalahan yg besar sgt,mcm x buat keja langsung ke,
x masuk opis langsung ke, melawan ckp dia ke,....cuma kesalahan biasa masuk terlewat sikit.
Tak paham sgt nak wat keja, sebab dia br lg, takkan terus faham flow keja kot....tu yg akk
rs agak geram bila dia buli adik akk samp camtu sekali.

kenapa dia marah sgt dgn adik akak, marah mcm org giler lak tu...x paham akak lah...
klu akk tau apa sebab dia marah sgt tu, maybe akk leh nasihat adik akk suh berubah mengikut apa
yg hanum tu nak....pening pala akk lah...

Lepas daripada kes ni aku rs nak panggil dia BITCH jek rsnya...huhu

Monday, October 10, 2011

Dialog Anak dan Ayah....Adeh2...

**Ayah bertanya kat Aina Sofia(3 thn):
Ayah: Aina Sofia binti apa??....
Aina: Shahrilllll
**Ayah tny kat Adib Fahri(2 thn) lak:
Adib Fahri Bin apa??...
Adib: ermmm..binnn...??...BEN10 TENNNNN.....(KOPIDEN JEK JAW)
Pahtu ayah tny lagi:
Ayah:Nama ayah sapa??
Aina n Adib jwb serentak : Shahrilllll....
Ayah tanya pulak :
Ayah: Nama mama sapa???
Aina: ermmmm...ermmmm(nama mamanya pjg, susah nak ingat kot)
Ayah: Wannnn...Nor...???
Adib sambung: Onee, two, three, four......(adeh2...ade ke nama aku jd nombor lak,bengang jek)......

Thursday, May 5, 2011

Sedihnya hati ini...i'm lonely...


Sekarang aku tau aku keseorangan di dunia ini....aku tiada teman sejati....bila time aku susah aku selalu sorg2....kenapa????
Walau pun aku selalu tolong org dgn niat seikhlas hati..tapi kenapa bila time aku susah...tader org yg nak tolong...event my hubby...kenapa tader org nak tolong protect aku...kenapa Ya Allah...sedih sungguh rasa hati ini....

Sejak aku pindah ke KL, aku hilang kawan2 baik aku, aku hilang kawan2 yg care aku, aku hilang kawan2 yg selalu tolong aku....pengorbanan ni aku buat demi hubby n anak2...sbb aku tau hubby aku tdk boleh selalu berada di sisi aku dan menolong aku...jd aku kena selalu berada di kalangan kawan2 aku boleh harapkan....tapi aku sudah dipisahkan daripada mereka...jd aku kena menghadapi semua ini s'org diri....sedihnyaaa........

Aku tau kerja hubby aku lagi penting dr aku, ..... jd aku kena redha, itulah ketentuan Nya untuk aku...aku kena sabar n terus bersabar...

Kawan-kawan kat KL ni pun seme takleh harap..seme berkawan tak ihklas, seme ada topeng hipokrit di muka masing-masing........sedihnyaaa...bila gembira sama2..bila susah sorg2....

Sunday, March 27, 2011

Treat to my Hometown, Temerloh....

Semalam 27hb March 2011, aku balik Temerloh sebab menghadiri jemputan kenduri adik kepada biras aku, kat Kg Charuk Puting, Temrloh. Aku sekeluarga dan mak mertua dan ayah mertua serta adik ipar dua org Eris dan Dek Nor. Pegi 2 kereta lah.

Ermmmmm..mula-mula g kenduri, pahtu g singgah rumah Chik kat Chenor then pegi balik rumah parents aku kat Jenderak Utara. Semua singgah kejap-kejap jek..sbb bawak mak mertua dengan ayah mertua, takut d'org kureng selesa jek..

Pegi rumah Chik sbb nak hantar produk Gamat. Kita makan Gamat, dia pun sibok nak mkn gamat gak....hihihi...Balik rumah mak pun sebab nak hantar PGPV Gamat tu dan mak mertua nak beli tudung dgn mak aku.

Ermmmm.....hati rasa sayu sebab balik rumah mak sekejap sangat...tak dapat nak tengok muka mak dengan engku lama2. Dah lah aku jarang sangat balik sejak aku dah jadi bini orang. Macam susah sikit, nak balik nak kena tanya suami, nak kena tengok kesesuaian masa suami.Suami pun bukanlah rasa selesa sangat di rumah kita. Mati kutu jek...

Setiap kali aku balik kampung, then nak balik ker umah aku semula...aku sayu sgt tengok muka mak n engku...berapa lama lagi aku boleh tengok muka yang jarang aku dapat tengok ni...setiap kali balik, d'org makin tua dan uzur...risau sgt. Tiap kali bersalam..aku rasa nak peluk d'org, tapi aku segan sebab budaya keluarga aku tak macam tu...so just dapat bersalam aja...dalam hati aku berdoa semoga d'org sentiasa sihat dan Tuhan panjangkan umur mereka.

Satu lagi Chik, sebenarnya kalau ikutkan hati, aku nak jaga chik tu...nak bawak dia tinggal dengan aku...tapi suami macam tak mau jek...ntah lah...aku tak pasti. Pernah juga aku try2 tanya...katanya...biar org terdekat kat sana yg jaga Chik. Aku jd serba salah jugak...sebab Chik yang jaga aku dari aku umur tak sampai setahun hingga ke umur 7 thn...dia yg bg aku sedikit kasih sayang...yg aku susah nak dapat dr mak dan engku..maklumlah adik beradik ramai sgt...samp aku, terpaksa orgl ain yg bela....SEBAB TU AKU PALING PANTANG NAK BG ORG LEN JAGA ANAK2 AKU...SBB AKU TAKOT DEPA TAK DPT CUKUP KASEH SAYANG DR SEORANG IBU KEPADA ANAK...macam aku..

Ntah lah..aku hanya mampu berserahh....

Thursday, March 24, 2011

Rumahku Syurgaku....

Terbaru......tambah picture wall kat dinning








Perkembangan deco-deco rumah kami...asyik berubah2 jek..tader idea nak dapatkan deco yg paling ideal....

Gambar pertama ni masa mula-mula pindah masuk.....01/09/2010....